DUNIA
AstraZeneca umum pelan pelaburan US$50 bilion di AS di tengah ancaman tarif Trump
Walaupun beribu pejabat di United Kingdom, AS merupakan pasaran terbesar AstraZeneca, dengan lebih 18,000 kakitangan dan menyumbang 42 peratus daripada jumlah jualan kumpulan. - Gambar fail/Reuters
LONDON: Syarikat farmaseutikal berpangkalan di Britain, AstraZeneca mengumumkan rancangan untuk melabur US$50 bilion di Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh lima tahun akan datang, di tengah-tengah ancaman tarif perdagangan oleh Presiden Donald Trump, lapor PA Media/dpa.
Firma yang beribu pejabat di Cambridge itu berkata, pelaburan tersebut akan membiayai pembinaan kemudahan pembuatan baharu berteknologi tinggi di Virginia - yang bakal menjadi pelaburan pembuatan tunggal terbesar syarikat itu di dunia.
Pengumuman ini adalah yang terkini dalam kalangan syarikat farmaseutikal global yang memperluas operasi di AS susulan ancaman Trump untuk mengenakan tarif sehingga 20 peratus ke atas import ubat-ubatan, dalam usaha menggalakkan pengeluaran domestik dan menurunkan kos untuk rakyat Amerika.
AstraZeneca berkata, pelaburan besar itu akan mewujudkan puluhan ribu pekerjaan di seluruh AS, "mendorong pertumbuhan dan menyampaikan ubat generasi baharu untuk pesakit di Amerika dan seluruh dunia."
Kumpulan Anglo-Sweden yang tersenarai di FTSE 100 itu turut memaklumkan, pelaburan tersebut akan menyumbang ke arah sasaran syarikat untuk mencapai hasil sebanyak US$80 bilion menjelang 2030.
Separuh daripada jumlah itu dijangka disumbangkan oleh pasaran AS, menurut syarikat itu.
Ketua Pegawai Eksekutif AstraZeneca, Pascal Soriot berkata: "Pengumuman hari ini mengukuhkan keyakinan kami terhadap inovasi bioperubatan Amerika dan komitmen kami kepada jutaan pesakit yang memerlukan ubat kami di AS dan di peringkat global."
Walaupun beribu pejabat di United Kingdom, AS merupakan pasaran terbesar AstraZeneca, dengan lebih 18,000 kakitangan dan menyumbang 42 peratus daripada jumlah jualan kumpulan.
Kilang baharu yang dirancang di Virginia itu akan menghasilkan bahan ubat bagi portfolio pengurusan berat badan dan metabolik syarikat tersebut.
Setiausaha Perdagangan AS, Howard Lutnick berkata: "Selama beberapa dekad, rakyat Amerika bergantung kepada bekalan ubat utama dari luar negara.
"Presiden Trump dan dasar tarif baharu negara kita memberi tumpuan untuk menamatkan kelemahan struktur ini.
"Kami berbangga kerana AstraZeneca membuat keputusan untuk membawa pengeluaran farmaseutikal dalam skala besar ke tanah air kami."
-- BERNAMA