DUNIA
Atlet tempatan Palestin maut akibat kebuluran di Gaza
Saif Hijazi, 13, yang menghidap kekurangan zat makanan serius dan sebahagiannya lumpuh akibat serangan peluru terbaring di atas katil ketika gambarnya dirakam di Hospital al-Shifa, Gaza, baru-baru ini. - Gambar AP
GAZA: Seorang remaja lelaki Palestin berusia 17 tahun dilaporkan meninggal dunia akibat kekurangan zat makanan yang serius di Gaza, menjadikan beliau antara ratusan mangsa kebuluran di wilayah bergolak itu sejak perang tercetus Oktober lalu.
Atef Abu Khater yang sebelum ini sihat dan aktif bersukan menghembuskan nafas terakhir pada Sabtu di Hospital al-Shifa, menurut sumber perubatan dan ahli keluarganya.
Ketika meninggal dunia, berat badannya hanya tinggal 25 kilogram – seberat kanak-kanak berumur sembilan tahun – berbanding 70 kilogram sebelum ini.
“Kami dimaklumkan Atef merupakan juara sukan peringkat tempatan. Namun akibat kekurangan makanan dan rawatan, beliau menjadi terlalu kurus dan akhirnya meninggal dunia,” lapor wartawan Al Jazeera, Hani Mahmoud dari Gaza City.
Rakaman yang dikongsi dan disahkan Al Jazeera menunjukkan ahli keluarga Abu Khater menangisi pemergiannya sambil mengucapkan selamat tinggal.
Tubuh kurus kering remaja itu kelihatan dalam beg mayat putih dengan tulang pipi yang menonjol dan rangka tulang rusuk jelas kelihatan.
Wartawan tempatan, Wisam Shabat, yang memuat naik video tersebut ke Instagram berkata, Abu Khater tiba di hospital dalam keadaan sangat kritikal dengan komplikasi teruk akibat kekurangan makanan dan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia.
Pengarah Hospital al-Shifa memaklumkan, Abu Khater merupakan antara sekurang-kurangnya tujuh rakyat Palestin yang meninggal dunia akibat kebuluran dalam tempoh 24 jam lalu di Gaza.
Kematian akibat kelaparan terus meningkat
Menurut angka terkini Kementerian Kesihatan Gaza yang dikendalikan Hamas, sekurang-kurangnya 169 penduduk Palestin termasuk 93 kanak-kanak telah meninggal dunia akibat kebuluran dan kekurangan zat makanan sejak perang meletus Oktober tahun lalu.
Agensi-agensi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyalahkan sekatan bantuan oleh Israel sebagai punca rakyat Gaza terus kebuluran, meskipun bantuan dilaporkan sedikit meningkat sejak kebelakangan ini.
Israel sebaliknya mendakwa telah meningkatkan penghantaran bantuan termasuk menerusi kaedah ‘penerjunan udara.’
Namun, kumpulan kemanusiaan menyifatkan kaedah itu sebagai tidak efisien dan berbahaya, serta terus mendesak pembukaan penuh semua lintasan masuk ke Gaza bagi membolehkan bantuan disalurkan dengan lebih selamat dan menyeluruh.
Pesuruhjaya Agensi Bantuan dan Kerja PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA), Philippe Lazzarini berkata, krisis kebuluran di Gaza adalah “buatan manusia” dan berpunca daripada usaha menggantikan sistem bantuan PBB dengan GHF – entiti yang disokong Amerika Syarikat dan Israel.
Beliau turut mendakwa, tentera Israel secara konsisten menghalang penghantaran bantuan kemanusiaan dan telah menembak penduduk Palestin yang beratur untuk mendapatkan makanan di tapak agihan GHF.
Sejak Mei, lebih 1,300 penduduk dilaporkan terbunuh ketika cuba mendapatkan bantuan.
“Tiada masa untuk berlengah lagi. Keputusan politik mesti dibuat segera untuk membuka lintasan masuk tanpa syarat,” katanya dalam kenyataan di platform X.
Kanak-kanak ‘mati secara perlahan-lahan’
Di tengah-tengah kekurangan makanan, ribuan keluarga Palestin terus mencari sumber makanan dan keperluan harian, termasuk bayi dan kanak-kanak yang kini semakin terkesan.
Wartawan Al Jazeera, Hind Khoudary yang melaporkan dari Deir el-Balah berkata, ramai kanak-kanak kini "mati secara perlahan-lahan" akibat kebuluran.
“Salah seorang daripadanya ialah Misk al-Madhoun, kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang mengalami kekurangan zat makanan. Ibu bapanya memberitahu mereka melihat anak mereka seolah-olah mati sedikit demi sedikit setiap hari,” katanya.
“Kami turut bertemu ibu yang terpaksa memberikan air kepada bayi mereka kerana tidak mempunyai susu.”
Malah, katanya, ramai ibu bapa sanggup berjalan jauh dalam cuaca panas terik demi mencari mana-mana dapur rakyat atau pusat agihan makanan.
Namun, kehadiran di tapak agihan GHF turut mendedahkan mereka kepada risiko maut atau pulang dengan tangan kosong.
Pada Selasa, badan pemantau global Integrated Food Security Phase Classification (IPC) memberi amaran bahawa krisis kebuluran di Gaza kini berada di tahap paling buruk, dengan tahap pemakanan dan pengambilan makanan di Gaza City telah melepasi ambang kebuluran.
“Krisis ini telah mencapai tahap kritikal dan membunuh, berpunca daripada konflik berterusan, kehilangan tempat tinggal secara besar-besaran, akses bantuan kemanusiaan yang sangat terhad serta runtuhnya sistem perkhidmatan asas seperti penjagaan kesihatan,” jelas laporan itu. - Al Jazeera
Dapatkan berita terkini di sini