YANGON: Bekas Penasihat Negara Myanmar Aung San Suu Kyi, dibenarkan berpindah dari penjara ke sebuah kediaman yang ditetapkan bagi menjalani baki hukumannya pada Khamis, lapor Agensi Berita Xinhua.
Menurut stesen penyiar milik kerajaan, Myanmar Radio and Television (MRTV), Presiden Myanmar U Min Aung Hlaing mengarahkan perubahan lokasi pemenjaraan Aung San Suu Kyi selaras dengan peruntukan undang-undang jenayah berkaitan.
Advertisement
Keputusan itu dibuat sempena sambutan Hari Buddha serta atas dasar kemanusiaan dan niat baik kerajaan, menurut laporan itu.
--BERNAMA-XINHUA