DUNIA
Australia beri amaran pelajar antarabangsa tidak jual akaun bank, dokumen pengenalan
Pelajar yang terlibat boleh dikenakan tindakan tegas termasuk pertuduhan jenayah, pembatalan visa, serta larangan masuk semula Australia. - Gambar/ Unsplash
CANBERRA: Pihak berkuasa Australia pada Rabu memberi amaran kepada pelajar antarabangsa yang akan meninggalkan negara itu supaya tidak menjual akaun bank atau pengenalan rasmi mereka kepada kumpulan jenayah terancang, lapor Xinhua.
Ringkasan AI
Polis Persekutuan Australia (AFP) Bersama Pusat Penyelarasan Jenayah Siber Polis berkata dalam satu kenyataan bahawa sindiket jenayah yang terlibat dalam kegiatan haram sedang menyasarkan pelajar institusi pengajian tinggi antarabangsa dengan tawaran wang tunai sebagai pertukaran untuk akses kepada akaun bank dan dokumen pengenalan diri mereka.
Menurut pihak berkuasa, pelajar asing yang bersedia untuk meninggalkan Australia ditawarkan sehingga A$500 (kira-kira US$325.5) untuk penggunaan akaun bank mereka, serta komisen sekitar 10 peratus daripada wang yang dimasukkan ke dalam akaun itu.
AFP berkata penjenayah kemudian menggunakan akaun itu untuk kegiatan seperti pengubahan wang haram dan operasi penipuan berskala besar, sekali gus berisiko mengaitkan pelajar terbabit dengan rangkaian jenayah.
Dokumen pengenalan diri seperti pasport, lesen memandu dan pengenalan rasmi kerajaan yang boleh digunakan penjenayah untuk membuka akaun bank atas nama pelajar terbabit juga mendapat permintaan tinggi, menurut AFP.
Detektif Superintenden AFP Marie Andersson berkata pelajar yang menjual akaun bank atau dokumen kepada sindiket jenayah boleh berdepan pertuduhan jenayah, pembatalan visa serta larangan kekal untuk kembali ke Australia.
"Kami dapati rangkaian jenayah di luar negara sedang mengubah wang bernilai jutaan dolar melalui akaun bank milik golongan muda, dan akibatnya mereka juga boleh dituduh melakukan kesalahan seperti pengubahan wang haram," katanya.
AFP menggesa pelajar menutup akaun bank tempatan dan memastikan identiti digital serta peribadi mereka dilindungi sebelum meninggalkan Australia.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Australia beri amaran pelajar antarabangsa jangan jual akaun bank atau pengenalan rasmi kepada sindiket jenayah.
- Sindiket tawar wang tunai untuk akses akaun bank pelajar, risiko kaitkan mereka dengan aktiviti haram.
- Pelajar yang terlibat boleh dihadapkan dengan pertuduhan jenayah, pembatalan visa, serta larangan masuk semula Australia.