CANBERRA:Warga Australia akan menerima vaksin COVID-19 pertama mereka pada akhir bulan Februari setelah kerajaan meluluskan penggunaan vaksin keluaran Pfizer.
Menurut kenyataan Menteri Kesihatannya, vaksin Pfizer diberikan kelulusan sementara oleh Pentadbiran Barangan Terapeutik (TGA) selepas genap setahun kes COVID-19 pertama disahkan di Australia.
Kerajaan berhasrat melaksanakan kempen vaksinasi sebanyak 10 juta dos Pfizer yang pertama pada pertengahan Februari, tetapi itu ditangguhkan susulan isu pengeluaran dan penghantaran, lapor The Australian.
Ia berkemungkinan ditangguh ke awal Mac namun Perdana Menteri Scott Morrison berkata rakyatnya harus yakin dengan proses kelulusan Australia yang begitu teliti.
"Australia sengaja mengambil masa, kita melihat dan belajar daripada pengalaman di negara luar.
"Kita masih berada dalam jangka waktu yang ditetapkan beberapa minggu lalu, tetapi ia akan kekal memberikan cabaran membabitkan keadaan yang wujud di luar negara kita," katanya kepada wartawan pada Isnin.
Vaksin Pfizer diluluskan penggunaannya untuk warga Australia berusia 16 tahun dan ke atas.
Mereka yang berada dalam kelompok utama -- termasuk warga tua, pekerja rumah jagaan warga tua, dan pekerja kesihatan -- akan menjadi orang pertama menerima suntikan itu.
Astro Awani
Mon Jan 25 2021

Warga Australia akan menerima vaksin COVID-19 pertama mereka pada akhir bulan Februari setelah kerajaan meluluskan penggunaan vaksin keluaran Pfizer. -Gambar fail/Reuters

Vaksin Pfizer-BioNTech kumpulan kedua fasa pertama tiba di Kuching
Sarawak hari ini menerima vaksin Pfizer-BioNTech kumpulan kedua fasa pertama sekitar jam 5.20 petang sebentar tadi.

Selangor kekal negeri tertinggi kes harian jadi tumpuan kenyataan KKM
Negeri Selangor rekod 640 kes diikuti Johor (376) dan Sarawak (139).

KKR anggar lebih RM200 juta untuk perbaiki jalan raya terjejas akibat banjir
Menteri Kanan Fadillah Yusof berkata, jumlah itu telah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan untuk kelulusan di bawah dana bencana.

COVID-19: 1,745 jangkitan baharu, tujuh kematian
Malaysia merekodkan 1,745 jangkitan baharu akibat COVID dalam tempoh 24 jam menjadikan angka keseluruhan kini sebanyak 330,850 kes.

IAMM: ASEAN teliti usaha pemulihan COVID-19
Menteri Ekonomi ASEAN telah berikrar untuk bekerja secara intensif dalam meneroka semua cara bagi mengukuhkan dan meluaskan integrasi serantau.

PBT, badan berkanun boleh keluarkan kompaun mulai 11 Mac ini
Kuasa tersebut diberikan di bawah Seksyen 25 Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021, yang berkuat-kuasa 11 Mac ini.

UMNO hantar surat tamat kerjasama dengan Bersatu, PN - Laporan
Sumber yang memaklumkan perkara tersebut kepada portal itu menjelaskan, sehingga kini belum ada maklum balas berhubung surat berkenaan.

305 lagi ditahan ingkar SOP - Ismail Sabri
Daripada 305 yang ditahan, 296 dikenakan kompaun, lapan direman dan seorang dijamin.

Dolly Parton terima suntikan vaksin yang dibiayainya
Parton menyumbangkan AS$1 juta untuk penyelidikan COVID-19, yang sebahagiannya digunakan untuk membiayai vaksin Moderna.

Menteri Besar Kelantan dimasukkan ke hospital
Datuk Ahmad Yakob dimasukkan ke wad Hospital Universiti Sains Malaysia, HUSM Kubang Kerian malam tadi.

Tiga kartel dadah bergelar Tan Sri dan Datuk dalang utama sindiket dadah di Malaysia - Polis
Antara aktiviti perniagaan yang dimiliki individu berusia 45 tahun dan ke atas itu termasuk pengedaran kokain ke luar negara.

Biri-biri liar paling 'gebu' akhirnya rasa 'lega'
Biri-biri itu ditemui orang awam yang kemudiannya menghubungi pihak yang berkaitan untuk membantu.

Azizulhasni cuba teknik berbeza Ahad ini
Di sebalik jangkaan ramai bahawa pelumba kelahiran Terengganu itu akan meneruskan momentumnya, Azizulhasni menganggap reputasi hanyalah sandaran di atas kertas sahaja.

Terkejut tapi Yee Fatt sedia pikul amanat Perak FC
Dia mengakui pelantikannya bermula daripada saranan Mehmet Durakovic sendiri, Yee Fatt bertekad legasi jurulatih dari Australia itu akan diteruskan musim ini.

MOTAC adakan perbincangan lanjut berkaitan cadangan perluas gelembung perjalanan
Antara lima negara yang dicadangkan ialah Brunei, Korea Selatan, New Zealand, Australia dan Jepun.

Australia lulus undang-undang wajibkan Google, Facebook bayar kandungan berita
Undang-undang itu akan memastikan syarikat media diberi bayaran sewajarnya untuk kandungan yang mereka hasilkan.

Dewan Senat Australia lulus rang undang-undang bayaran untuk kandungan berita
Dewan Senat Australia meluluskan rang undang-undang yang memerlukan Facebook dan Google memberi bayaran bagi setiap kandungan berita yang dikongsikan di platform mereka.

Facebook tarik semula sekatan terhadap Australia
Facebook bersetuju untuk menarik semula sekatan terhadap rakyat Australia daripada berkongsi atau membaca kandungan berita di platformnya.

Perak FC sahkan penamatan kontrak Mehmed sebagai ketua jurulatih
Penamatan kontrak itu adalah atas permintaan Mehmed sendiri yang memaklumkan ingin pulang ke Australia bagi menyelesaikan urusan keluarga.

Tenis Terbuka Australia: Novak Djokovic kekal juara bertahan
Novak Djokovic berjaya mempertahankan status juara bertahan Terbuka Australia 2021 untuk tiga tahun berturut-turut selepas berjaya mengetepikan Daniil Medvedev di Rod Laver Arena pada Ahad.