[TERKINI] Krisis Iran-Israel Meluas | Serangan AS ke Tapak Nuklear Cetus Kebimbangan Global – Ini Apa yang Kita Tahu Setakat Ini
DUNIA

Australia ubah lirik lagu kebangsaan

Astro Awani 01/01/2021 | 22:44 MYT
Morrison berharap perubahan itu dapat mewujudkan semangat perpaduan dalam kalangan warganya. -Gambar fail
SYDNEY:Australia mula menyanyikan lagu kebangsaan versi baharu bermula Jumaat, 1 Januari 2021.
Barisan lirik versi baharu yang diubah itu dinyanyikan "For we are one and free" dan bukan lagi "For we are young and free".
Perubahan pada satu perkataan "young" kepada "one" itu adalah sebagai usaha mengiktiraf kewujudan kaum pribumi yang telah menetap di negara itu sejak puluhan ribu tahun sebelum dijajah pendatang kulit putih pada abad ke-18.
Perdana Menteri Australia, Scott Morrison berharap perubahan itu dapat mewujudkan ‘semangat perpaduan’ dalam kalangan warganya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Awal tahun lalu, Ketua Menteri New South Wales, Gladys Berejiklian pernah mencadangkan perubahan pada lirik lagu kebangsaan yang didakwa mengabaikan budaya lama di Australia.
#lagu kebangsaan Australia versi baharu #For we are one and free #iktiraf kaum pribumi #Scott Morrison #Gladys Berejiklian #Australia ubah lirik lagu kebangsaan