DUNIA
Austria kuat kuasa semula perintah berkurung Selasa ini
Austria akan melaksanakan semula perintah berkurung pada Selasa berikutan peningkatan kes COVID-19 di negara itu, umum Canselor Sebastian Kurz. -Gambar fail
VIENNA:Austria akan melaksanakan semula perintah berkurung pada Selasa berikutan peningkatan kes COVID-19 di negara itu.
Pengumuman dibuat Canselor Sebastian Kurz yang mengumumkan penguatkuasaan perintah itu selama empat minggu.
Susulan itu, penduduk diarah duduk di rumah bermula 8 malam hingga 6 pagi.
Dalam tempoh itu juga, restoran, bar dan kemudahan rekreasi akan ditutup.
Pada masa sama, kesemua pekerja digalakkan bekerja dari rumah bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.
Austria mencatatkan 301 kes positif COVID-19 bagi setiap 100,000 penduduk dalam tempoh seminggu lalu.
Jumlah kumulatif kes di Austria setakat ini adalah lebih 106,000 kes dengan seribu 97 kematian dicatatkan.

#COVID-19
#kes positif
#perintah berkurung
#Sebastian Kurz
#austria
#kemudahan rekreasi ditutup
#Bekerja Dari Rumah
#putuskan rantaian jangkitan