Badan ibu baru bersalin 'putus dua' tersangkut pintu lif hospital

Astro Awani
Ogos 21, 2017 14:48 MYT
Seorang ibu yang baru saja melahirkan bayi ketiganya maut dalam satu insiden ngeri di dalam lif sebuah hospital di Seville, Sepanyol. -Foto Google Street View
Seorang ibu yang baru saja melahirkan bayi ketiganya maut dalam satu insiden ngeri di dalam lif sebuah hospital di Seville, Sepanyol.
Ketika kejadian, mangsa Rocio Cortes Nunez, 25 tahun, sedang dibawa menggunakan pengusung ke wad bersalin di Hospital Our Lady of Valme untuk berehat bersama anaknya, lapor portal berita SkyNEWS.
Namun, belum pun sempat pengusung yang membawa Nunez dan bayi masuk sepenuhnya, lif berkenaan secara tiba-tiba bergerak ke atas menyebabkan mangsa tersangkut dan badannya terputus dua.
Bayi mangsa walau bagaimanapun terselamat.
Insiden dipercayai akibat kegagalan mekanikal pada jentera lif.
Insiden tersebut sedang disiasat, lapor portal itu lagi.
#Hospital #Hospital Our Lady of Valme #ibu baru bersalin #putus dua #Rocio Cortes Nunez #Seville