awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Badan pemantau nuklear Korea Selatan tanggguh kelulusan operasi reaktor Saeul-3

Bernama
Bernama
20/12/2025
09:49 MYT
Badan pemantau nuklear Korea Selatan tanggguh kelulusan operasi reaktor Saeul-3
Reaktor Saeul-3 mempunyai kapasiti penyimpanan bahan api nuklear terpakai sehingga 60 tahun. - Bernama
SEOUL: Badan pemantau nuklear Korea Selatan pada Jumaat memutuskan untuk menjalankan semakan lanjut terhadap operasi reaktor Saeul-3 sebelum memberikan kelulusan rasmi, lapor Agensi Berita Yonhap.
Keputusan itu dibuat oleh Suruhanjaya Keselamatan dan Sekuriti Nuklear selepas mengadakan mesyuarat bagi mempertimbangkan kelulusan operasi Saeul-3, sebuah reaktor APR1400 buatan tempatan yang terletak di Tapak Kuasa Nuklear Saeul di bandar pelabuhan tenggara Ulsan.
Sekiranya diluluskan, unit berkenaan yang pembinaannya bermula pada 2016 akan menjalani ujian rintis dalam tempoh enam bulan akan datang.
Saeul-3 merupakan reaktor nuklear pertama Korea Selatan yang direka bentuk untuk menahan serangan pesawat, dengan menampilkan dinding setebal 137 sentimeter, 15 sentimeter lebih tebal berbanding reaktor sebelumnya.
Reaktor itu mempunyai kapasiti penyimpanan bahan api nuklear terpakai sehingga 60 tahun, mencukupi untuk menyimpan keseluruhan jumlah yang dijana sepanjang tempoh hayat reka bentuknya.
Unit berkenaan sebelum ini dikenali sebagai Kori-5 sebelum dinamakan semula sebagai Saeul-3 pada 2022.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#reaktor nuklear
#saeul-3
#badan pemantau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan