Bahasa Cina standard ditambah dalam program sekolah di Iran

Bernama
Julai 8, 2023 21:56 MYT
Sekolah di Iran kini boleh pilih antara bahasa Arab, Perancis, Jerman, Itali, Rusia, Sepanyol dan Cina Standard selain Inggeris. - Gambar hiasan
TEHRAN: Iran menambah bahasa Cina standard dan Arab dalam senarai bahasa asing yang boleh diajar di sekolah di seluruh negara, lapor IRNA.
Menurut enakmen terbaharu Majlis Tertinggi Kementerian Pendidikan, kedua-dua bahasa itu ditambah untuk mempelbagaikan program sekolah dan memenuhi permintaan awam, lapor IRNA pada Sabtu.
Sekolah kini boleh memilih antara bahasa Arab, Perancis, Jerman, Itali, Rusia, Sepanyol dan Cina Standard selain bahasa Inggeris.
Perkara 15 perlembagaan Iran menetapkan Farsi sebagai bahasa rasmi negara itu.
Sementara itu, Artikel 16 menyatakan bahawa bahasa Arab wajib diajar di semua kelas dan bidang selepas sekolah rendah dan juga dalam pengajian sains dan Islam, selain kesusasteraan Parsi.
-- BERNAMA
#bahasa Cina standard #Iran #bahasa Arab #bahasa asing diajar di sekolah