awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kota Kinabalu isytihar bencana banjir
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ramalan awal banjir di 10 jajahan Kelantan mulai Isnin ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bakal pengantin lelaki rupa-rupanya perempuan

Sinar Harian
Sinar Harian
01/09/2019
21:34 MYT
Bakal pengantin lelaki rupa-rupanya perempuan
Kisah tersebut turut dikongsi menerusi akaun @baturajatoday di Instagram semalam. -Foto Sinar Harian
Hasrat pasangan di Indonesia ini untuk melangsungkan perkahwinan terpaksa dibatalkan selepas jantina sebenar 'lelaki' itu akhirnya terbongkar.
Menurut keluarga TE, 15, warga Desa Nyiur Sayak, Kecamatan Semidang Aji, Kabupaten Ogan Komering Ulu (OKU), Sumatera Selatan, kekasih anak mereka dikenali sebagai NI, 25, rupa-rupanya seorang wanita.
Perkara itu diketahui selepas keluarga TE berasa curiga apabila dia melamar gadis itu.
Jurucakap pihak berkuasa, Alex Andrian berkata, mereka mula was-was apabila mendengar suara NI seperti perempuan.
"Keluarga TE kemudiannya mahu bertemu NI. Kedua-dua belah keluarga juga bersetuju untuk membawa NI melakukan pemeriksaan dengan bidan.
"Pada masa itu, jantina NI akhirnya terbongkar. Dia sebenarnya perempuan yang menyamar sebagai lelaki," katanya.
Sejurus mendapat tahu tentang perkara itu, keluarga TE terus membatalkan lamaran NI.
TE dikatakan berkenalan dengan NI menerusi media sosial dan kedua-dua mereka kemudiannya memutuskan untuk berkahwin.
Difahamkan, TE sempat bertemu NI beberapa kali, namun dia tidak mengesyaki apa-apa.
Kisah tersebut yang dikongsi menerusi akaun @baturajatoday di Instagram semalam turut menjadi tular di media sosial.
Jelas pemilik akaun tersebut, kejadian itu berlaku sehari sebelum proses pernikahan berlangsung. - Kompas.com
Topic Berkaitan
#Alex Andrian
#batal perkahwinan
#Desa Nyiur Sayak
#Kabupaten Ogan Komering Ulu
#perempuan menyamar lelaki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan