awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bakar pentas berang artis tak muncul buat persembahan

Sinar Harian
Sinar Harian
26/06/2024
02:30 MYT
Bakar pentas berang artis tak muncul buat persembahan
Penonton mengamuk sehingga bakar pentas gara-gara artis tidak tampil di sebuah konsert di Banten, Indonesia pada Ahad. - Foto Sinar Harian
TANGERANG: Berang kerana menunggu terlalu lama bagi menyaksikan persembahan artis, sebuah konsert di sini berakhir huru-hara apabila peminat bertindak membakar pentas.
Media tempatan melaporkan kejadian berlaku di Lapangan Bola Pasar Kemis, Kabupaten Tangerang, Banten, pada Ahad sempena Konsert Muzik Lentera Festival 2024.
Insiden itu menyebabkan bukan sahaja pentas utama terbakar sebaliknya turut memusnahkan sistem bunyi yang dipasang di belakang pentas.
Penonton ternyata kecewa kerana tiket konsert berkenaan telah mereka beli sejak enam bulan yang lalu.
Menurut Ketua Polis Tangerang, Kombes Pol Baktiar Joko Mujiono kejadian berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab penganjur yang gagal mengawal keadaan.
"Malah penganjur itu turut melarikan diri, peminat marah kerana mereka telah membayar sebanyak 115 Rp (RM33) untuk masuk.
"Padahal penganjur tidak memaklumkan bahawa konsert itu batal," katanya pada Isnin.
Sementara itu, wakil artis menjelaskan bahawa mereka tidak muncul pada malam itu kerana peganjur tidak membuat bayaran kepada mereka.
"Mohon maaf kepada peminat semua, bayaran kepada kami tidak dipenuhi.
"Kerana penganjur berjanji untuk membayar baki bayaran persembahan sebanyak 50 peratus lagi pada hari persembahan, namun sebaliknya berlaku," ujar bahagian pengurus artis Guyon Waton.
Difahamkan antara artis yang bakal membuat persembahan pada malam itu adalah dua bintang popular iaitu Guyon Waton dan Ndx Aka. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bakar pentas
#artis
#konsert
#peminat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan