awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bakar rumah selepas ibu enggan beri wang beli dadah

Sinar Harian
Sinar Harian
29/04/2025
01:30 MYT
Bakar rumah selepas ibu enggan beri wang beli dadah
Penduduk melarikan diri selepas sebuah rumah dibakar oleh seorang penagih dadah di Daerah Kok Du, wilayah Loei. - Foto Sinar Harian/Agensi
LOEI: Seorang lelaki tergamak membakar rumah keluarganya di Daerah Kok Du, wilayah Loei, Thailand selepas ibunya enggan memberinya wang untuk membeli dadah, lapor media tempatan Channel 7.
Kejadian berlaku sekitar jam 11 pagi (waktu tempatan), Jumaat, apabila polis menerima laporan sebuah rumah musnah dalam kebakaran. Pasukan penyelamat segera dikerahkan ke lokasi kejadian.
Rumah dua tingkat separa konkrit dan kayu itu milik seorang penduduk tempatan dikenali sebagai Khian.
Semasa kejadian, api marak dengan cepat akibat cuaca panas melampau, menyebabkan rumah tersebut musnah sepenuhnya.
Beberapa jentera bomba dari pentadbiran daerah Kok Du dan agensi berhampiran berusaha memadamkan kebakaran, namun gagal menyelamatkan struktur rumah tersebut.
Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan. Penduduk jiran sempat melarikan diri, termasuk membawa warga emas keluar dari rumah berhampiran.
Siasatan awal mendapati, suspek dikenali sebagai Thanapong, 30, anak pemilik rumah, bertindak membakar rumah kerana marah selepas ibunya enggan memberinya wang untuk membeli methamphetamine.
Ketika kejadian, ibunya tiada di rumah kerana membawa cucunya bersiar-siar.
Thanapong kini telah ditahan dan akan berdepan pertuduhan melakukan perbuatan khianat. - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#bakar rumah
#duit dadah
#penagih
#kebakaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan