DUNIA
Balu Charlie Kirk buat kemunculan pertama, janji teruskan legasi suami
Erika Kirk, balu Charlie Kirk, membuat kemunculan pertama di khalayak sejak suaminya ditembak mati dua hari lalu. -Gambar Erika Kirk
OREM: Balu Charlie Kirk buat kemunculan pertama di khalayak sejak suaminya ditembak mati dua hari lalu, dengan tekad untuk meneruskan perjuangan dibawa tokoh konservatif berprofil tinggi itu.
Ringkasan AI
Dalam ucapan penuh emosi di Phoenix, Jumaat lalu, Erika Kirk beri penghormatan kepada Charlie dan berjanji untuk memastikan gerakan belia konservatif Turning Point USA, yang diasaskan suaminya, diteruskan.
"Saya berjanji tidak akan membiarkan legasi (mendiang) terkubur. Turning Point USA akan menjadi sesuatu yang terbesar pernah disaksikan negara ini," katanya, sambil menekankan perjuangan itu juga demi anak-anaknya yang masih kecil.
Selain itu, Erika mengumumkan jelajah The American Comeback tetap akan diteruskan pada musim luruh ini.
“Perjalanan kami tidak akan terhenti di sini. Akan ada lebih banyak jelajah pada tahun-tahun mendatang,” kata Erika, menekankan ketabahan dan komitmennya terhadap gerakan itu.
Kirk, seorang tokoh berusia 31 tahun yang dianggap bintang besar dalam kalangan Republikan konservatif dan disifatkan sebagai tokoh penting yang membantu Trump kembali ke jawatan presiden tahun lalu, maut ditembak ketika menyampaikan ucapan kepada orang ramai di Universiti Utah Valley, Rabu lalu.
Tragedi menimpa Charlie Kirk mengejutkan komuniti konservatif di AS memandangkan mangsa merupakan salah seorang tokoh utama yang lantang mempertahankan dasar dan perjuangan politik sayap kanan negara itu.
Susulan itu, polis menahan suspek Tyler Robinson, 22, yang dijangka membuat penampilan pertama di mahkamah secara maya Selasa ini.
Ringkasan AI
- Erika Kirk tampil buat kali pertama selepas kematian suaminya Charlie Kirk, berikrar untuk meneruskan perjuangan melalui gerakan Turning Point USA.
- Beliau berjanji untuk menjadikan gerakan itu lebih besar dan meneruskan jelajah The American Comeback pada musim luruh ini.
- Charlie Kirk, tokoh konservatif berpengaruh, maut ditembak ketika berucap di Universiti Utah Valley, dan suspek Tyler Robinson akan tampil di mahkamah secara maya.