DUNIA
Bandar di Jepun cadang ordinan hadkan penggunaan telefon pintar kepada 2 jam sehari

Draf ordinan itu turut menyarankan agar murid sekolah rendah tidak menggunakan telefon pintar selepas jam 9 malam, manakala pelajar sekolah menengah dan ke atas digalakkan berhenti menggunakannya selepas jam 10 malam. -Gambar hiasan/Sinar Harian
TOYOAKE: Sebuah bandar di tengah Jepun mencetuskan perdebatan hangat apabila mencadangkan satu ordinan baharu yang menggesa penduduk mengehadkan penggunaan telefon pintar kepada dua jam sehari di luar waktu kerja dan sekolah.
Ringkasan AI
- Bandar Toyoake di Jepun mencadangkan ordinan mengehadkan penggunaan telefon pintar kepada dua jam sehari di luar waktu kerja dan sekolah untuk menangani isu kesihatan.
- Ordinan ini tidak bersifat mandatori dan tiada penalti dikenakan, tetapi menyarankan waktu berhenti guna telefon bagi pelajar sekolah rendah dan menengah.
- Cadangan ini mencetuskan perdebatan dalam talian, dengan ramai menyifatkannya sukar dilaksanakan, walaupun ia bertujuan memupuk penggunaan peranti yang lebih sihat.
“Kami mengiktiraf bahawa telefon pintar adalah alat penting dalam kehidupan harian, namun kami mahu masyarakat menilai semula cara penggunaannya,” katanya dalam satu kenyataan.
Draf ordinan itu turut menyarankan agar murid sekolah rendah tidak menggunakan telefon pintar selepas jam 9 malam, manakala pelajar sekolah menengah dan ke atas digalakkan berhenti menggunakannya selepas jam 10 malam.
Langkah ini mendapat reaksi bercampur daripada masyarakat, khususnya dalam talian. Ramai pengguna media sosial menyifatkan cadangan itu sebagai tidak realistik dan sukar untuk dilaksanakan.
“Saya faham niat mereka, tetapi had dua jam itu mustahil,” kata seorang pengguna di platform X.
Menurut kajian oleh Agensi Kanak-Kanak dan Keluarga Jepun yang diterbitkan pada Mac lalu, golongan belia di negara itu menghabiskan purata lebih lima jam sehari dalam talian pada hari bekerja.
Jika diluluskan, ordinan berkenaan dijangka berkuat kuasa mulai Oktober ini.
Toyoake akan bekerjasama dengan pihak sekolah dan ibu bapa untuk mempromosikan penggunaan peranti secara sihat dan berhemah.
Langkah ini mengimbau kembali ordinan serupa yang pernah dilaksanakan di wilayah Kagawa pada tahun 2020, yang mengehadkan masa permainan video kepada satu jam sehari pada hari bekerja dan 90 minit semasa cuti sekolah.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami