Bandar Kiev, Ukraine dilanda banjir besar

Agensi
Ogos 19, 2018 23:38 MYT
Banjir tersebut turut menyebabkan gangguan lalu lintas di beberapa kawasan utama. - Foto REUTERS
Banjir besar melanda ibu negara Ukraine selepas hujan lebat turun tanpa henti pada Ahad.
Kejadian ini turut menyebabkan gangguan lalu lintas di beberapa kawasan utama dan kerosakan banyak kemudahan awam.
Dilaporkan paras air mencecah ketinggian satu meter di beberapa kawasan dan menyebabkan beberapa kenderaan terperangkap di jalan raya.
Antara lain, sebuah pusat beli belah turut digenangi air dan menyebabkan ramai mangsa terperangkap.
#banjir besar #hujan lebat #ibu negara Ukraine #Kiev #Ukraine