awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jurulatih Senegal tinggalkan sidang media selepas diejek wartawan
Lembaga Keamanan Gaza di bawah AS tawar keahlian tetap dengan bayaran AS$1 bilion
Angka korban nahas tren berkelajuan tinggi tergelincir di Sepanyol meningkat kepada 21
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banduan Perancis larikan diri dengan bersembunyi dalam beg pakaian

Astro Awani
Astro Awani
14/07/2025
00:00 MYT
Banduan Perancis larikan diri dengan bersembunyi dalam beg pakaian
Media tempatan melaporkan bahawa penjara Lyon-Corbas kini menempatkan kira-kira 1,200 tahanan, jauh melebihi kapasiti asal sebanyak 678 orang. - Foto X/Cerfia
LYON: Seorang banduan berusia 20 tahun berjaya melarikan diri dari Penjara Lyon-Corbas di tenggara Perancis dengan cara yang luar biasa: dia menyembunyikan dirinya dalam beg pakaian rakan selnya yang sedang dibebaskan selepas tamat hukuman.
Menurut kenyataan rasmi daripada perkhidmatan penjara Perancis, banduan tersebut “mengambil kesempatan daripada pembebasan rakan selnya untuk bersembunyi dalam beg dan keluar dari penjara tanpa disedari.”
Dia sedang menjalani beberapa hukuman penjara dan turut disiasat dalam kes berkaitan jenayah terancang.
Kejadian berlaku pada hari Jumaat dan hanya disedari lebih 24 jam kemudian, mencetuskan siasatan dalaman serta siasatan kehakiman oleh pihak pendakwa raya Lyon.
Pengarah pentadbiran penjara, Sébastien Cauwel, menyifatkan insiden itu sebagai “sangat jarang berlaku” dan berpunca daripada “satu siri kesilapan serius” dalam sistem keselamatan.
Media tempatan melaporkan bahawa penjara Lyon-Corbas kini menempatkan kira-kira 1,200 tahanan, jauh melebihi kapasiti asal sebanyak 678 orang, sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai tahap keselamatan dan pengawasan.
Pihak berkuasa masih memburu banduan yang melarikan diri, dan siasatan lanjut sedang dijalankan untuk menentukan sama ada terdapat penglibatan pihak lain dalam pelarian yang disifatkan sebagai “berani dan terancang” itu.
Topic Berkaitan
#banduan
#melarikan diri
#beg pakaian
#penjara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan