Bangga! Jalur Gemilang berkibar di Burj Khalifa

Astro Awani
September 1, 2022 07:36 MYT
Burj Khalifa memaparkan imej Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke 65. - Sumber foto Instagram Burj Khalifa
DUBAI: Sudah menjadi kebiasaan untuk melihat bangunan-bangunan di Malaysia mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022.
Namun, melihat ia dipaparkan di bangunan tertinggi dunia, Burj Khalifa, pastinya memberi rasa yang lebih istimewa.
"Burj Khalifa menyambut Hari Kebangsaan Malaysia dan mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan rakyat Malaysia," tulis catatan di Facebook.
Ia turut mendapat perhatian Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang meninggalkan ucapan terima kasih di bahagian komen.
#Jalur Gemilang #Hari Kebangsaan 2020 #Burj Khalifa #Hishammuddin Hussein