awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bangkai Lion Air masih belum ditemui setakat pagi ini

Bernama
Bernama
30/10/2018
03:36 MYT
Bangkai Lion Air masih belum ditemui setakat pagi ini
Mayat-mayat yang ditemukan berada dalam keadaan tidak sempurna dan telah dihantar ke hospital untuk proses mengenal pasti identiti. - Gambar fail
Operasi mencari bangkai pesawat Lion Air yang terhempas di perairan Tanjung Karawang semalam masih gagal ditemui setakat 9 pagi ini.
Pengarah Operasi Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia (Basarnas), Bambang Suryo Aji berkata sebanyak 19 kapal dan tiga helikopter terlibat dalam operasi itu.
"Setakat pagi ini sebanyak 24 mayat telah ditemukan, selain serpihan-serpihan dipercayai milik pesawat, serta barang-barang milik penumpang," katanya.
Bambang berkata mayat-mayat yang ditemukan itu dalam keadaan tidak sempurna dan telah dihantar ke hospital untuk proses mengenal pasti identiti, dan pihaknya beranggapan semua penumpang dan anak kapal pesawat itu terkorban dalam nahas berkenaan.
Presiden Indonesia Joko Widodo semalam telah mengarahkan operasi mencari pesawat itu dilakukan 24 jam.
Penerbangan JT610 yang membawa 181 penumpang dan lapan anak kapal itu terhempas setelah berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno-Hatta pada 6.20 pagi semalam.
Pesawat jenis Boeing 737 MAX 8 itu dilaporkan terputus hubungan sebelum terhempas di koordinat S 5 49.052 E 107 06.628 di perairan Karawang yang sepatutunya tiba di Lapangan Terbang Depati Amir Pangkal Pinang pada pukul 7.10 pagi waktu Indonesia barat.
Tiada rakyat Malaysia terbabit dalam nahas itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bambang Suryo Aji
#bangkai
#Basarnas
#identiti
#Indonesia
#Joko Widodo
#JT610
#Lion Air
#mayat
#Nahas
#operasi
#penerbangan
#pesawat
#Tanjung Karawang
#terhempas
#tidak sempurna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan