BANGKOK:Semua institusi pendidikan di ibu negara Thailand akan ditutup mulai 4 hingga 17 Jan manakala lebih banyak venue awam termasuk pusat hiburan, sukan dan perjudian ditutup sehingga diberitahu kelak, dalam usaha mengekang penularan pandemik COVID-19.
Jurucakap Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) Pongsakorn Kwanmuang berkata institusi pendidikan termasuk universiti, sekolah, pusat tuisyen, prasekolah dan taska yang diarahkan tutup sehingga 4 Jan akan dilanjutkan sehingga 17 Jan.
Beliau berkata pusat hiburan termasuk bar, kelab malam, salun tatu dan rumah urut serta venue rekreasi seperti taman air, taman hiburan, taman permainan dan tempat perjudian akan kekal ditutup sehingga diberitahu kelak.
"Terdapat kes COVID-19 yang dikaitkan dengan pelajar dan perniagaan lain. Oleh itu, Jawatankuasa Penyakit Berjangkit BMA telah bersetuju mengetatkan sekatan dalam usaha menghentikan penularan jangkitan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Bagaimanapun, Pongsakorn berkata pasar raya akan tetap dibuka buat masa ini.
"BMA akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan lebih lanjut sama ada melarang orang ramai makan di restoran," katanya.
Sepanjang tempoh 24 jam lepas, Thailand mencatatkan sejumlah 279 kes COVID-19 dan dua kematian menjadikan jumlah keseluruhan 7,163 kes dengan 63 kematian setakat ini.
Jurucakap Pusat Pentabiran Situasi COVID-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata daripada jumlah kes baharu itu, 273 adalah jangkitan tempatan manakala enam dikesan di pusat kuarantin alternatif negara (ASQ).
Beliau berkata seorang lelaki berumur 44 tahun yang mengunjungi sebuah pusat hiburan di Bangkok telah didapati mengalami gejala COVID-19 dan meninggal dunia di sebuah hospital semalam.
Katanya seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun dari Wilayah Tak yang menyeberangi sempadan dari Myanmar secara haram pada 29 Nov lepas telah mengalami masalah kesihatan dan meninggal dunia di sebuah hospital pada 10 malam (waktu tempatan) semalam.
Thaweesilp berkata penularan terkini pandemik itu di Thailand membabitkan 53 wilayah termasuk enam yang berada di bawah kawasan kawalan tinggi iaitu Samut Sakhon yang mempunyai 1,739 kes diikuti Rayong (319), Chonburi (207), Bangkok (180), Nakhon Pathom (60) dan Samut Prakan (57).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 01 2021
Sepanjang tempoh 24 jam lepas, Thailand mencatatkan sejumlah 279 kes COVID-19 dan dua kematian. - Gambar fail
Usia emas bukan penghalang sertai sukan lasak
Yee Sze Mun membuktikan bahawa usia 86 tahun bukan penghalang bagi seorang individu menyertai perlumbaan sukan lasak Ironman.
RISDA saran pemilik tanah sertai tanaman semula getah berkelompok
Menerusi TSB, pekebun kecil dapat menikmati pelbagai manfaat termasuk bantuan teknikal, sokongan kewangan dan akses kepada teknologi moden.
TERAJU akan wujudkan dana RM1 bilion bantu perusahaan Bumiputera
Dana yang menggunakan kaedah leveraj dan penggandaan itu akan dilaksanakan dengan sokongan rakan usaha sama.
Malaysia teroka tenaga solar di kawasan tadahan air
Malaysia sedang teroka cara untuk mengoptimumkan kawasan tadahan air bagi menjana tenaga solar tanpa menjejaskan alam sekitar dan kualiti air.
Cabut undi projek pastikan kontraktor G1-G4 dapat peluang - Nanta
Ia dapat memastikan kontraktor kelas berkenaan peluang untuk melibatkan diri dalam kerja-kerja pembaikan infrastruktur jalan Persekutuan.
Pelaksanaan mekanisma levi pelbagai peringkat (MLTM) dijangka bermula Januari 2025
Mekanisma levi pelbagai peringkat (MLTM) dijangka dilaksanakan pada Januari hadapan, selepas perinciannya dimuktamadkan dan diluluskan Jemaah Menteri, kata Menteri Sumber Manusia, Steven Sim.
Portal UP_TVET bertujuan untuk memudahkan proses permohonan
Saluran permohonan untuk mengikuti kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang dahulunya mengelirukan kini dibuat melalui satu saluran tunggal iaitu menerusi portal Unit Pengambilan TVET atau singkatannya UP_TVET yang dibangunkan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,penggunaan saluran tunggal UP_TVET yang fleksibel dengan mengambil kira keperluan pelbagai syarat masuk merupakan satu inisiatif untuk membuka ruang seluasnya kepada rakyat Malaysia untuk menyertai program TVET.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,penggunaan saluran tunggal UP_TVET yang fleksibel dengan mengambil kira keperluan pelbagai syarat masuk merupakan satu inisiatif untuk membuka ruang seluasnya kepada rakyat Malaysia untuk menyertai program TVET.
Kerajaan digesa bawa Mala pulang dari penjara Nepal
Kerajaan didesak untuk membawa pulang seorang rakyat Malaysia yang meringkuk di penjara Nepal atas kesalahan Imigresen.
Jemaah lega dapat luah perasaan di Ranting Hati
Jemaah haji Malaysia melahirkan rasa lega kerana berpeluang meluahkan perasaan sejak tiba di Tanah Suci menerusi tulisan terapi naratif yang menghasilkan Ranting Hati, satu inisiatif terbaharu diperkenalkan oleh Unit Kaunseling Tabung Haji (TH) sebagai platform menangani cabaran sebagai tetamu Allah sepanjang operasi musim ini.
Proses penggapungan kapal ambil masa 21 jam
Kapal berdaftar di Singapura, Dali yang melanggar struktur Jambatan Francis Scott Key di Baltimore, Maryland yang kemudiannya runtuh, mempunyai klasifikasi yang sah dan sijil berkanun yang meliputi integriti struktur kapal dan fungsi peralatannya. Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) berkata kapal kargo itu juga telah menjalani dua pemeriksaan yang diluluskan oleh dua pelabuhan asing pada Jun dan September 2023 dengan klasifikasi dan tinjauan berkanun seterusnya dijangka pada Jun 2024.
Warga Australia buang air kecil di tempat awam didenda RM100
Tertuduh didakwa berkelakuan kurang sopan di tempat awam dengan tujuan membangkitkan kemarahan untuk mengganggu keamanan.
Lelaki berkelakuan tidak senonoh di tempat awam ditahan
Seorang lelaki yang tular kerana berkelakuan tidak senonoh di tempat awam Ahad lalu berjaya ditahan polis pada Rabu.
Melaka galak rakyat, pelancong pakai pelitup muka di tempat awam
Orang ramai digalak memakai pelitup muka di kawasan tumpuan awam, sesak dan tertutup selain mengekalkan penjarakan fizikal.
Mahu lapor bos merokok di pejabat tanpa jejaskan kerja? Ada caranya, kata pakar
Penguatkuasaan masih belum memuaskan dalam hal mewujudkan persekitaran yang lebih sihat dan selamat untuk pekerja dan orang awam.
Thailand mansuh pemakaian pelitup muka
Kerajaan Thailand pada Khamis menarik balik peraturan mewajibkan pemakaian pelitup muka di kawasan terbuka.
COVID-19: China laksana proses disinfeksi besar-besaran
Proses disinfeksi secara besar-besaran dilakukan di bandar Zhengzhou yang terletak di wilayah China sebagai langkah membendung COVID-19.
Vaksin COVID-19: New York berjaya lepasi 10 juta dos
Dalam usaha untuk terus meningkatkan kadar vaksinasi bandar raya itu, mereka yang baru diterima bekerja perlu membuktikan sijil vaksinasi.
Bangkok tutup lebih banyak tempat awam untuk kekang penularan COVID-19
Semua institusi pendidikan di ibu negara Thailand akan ditutup mulai 4 hingga 17 Jan manakala lebih banyak venue awam termasuk pusat hiburan, sukan dan perjudian ditutup sehingga diberitahu kelak.
Polis nafi keluarkan kompaun terhadap lelaki tidak pakai pelitup muka di depan rumah
Lelaki berkenaan sebaliknya berada di kawasan awam, iaitu di sebuah taman permainan yang terletak tidak jauh daripada rumahnya ketika dikompaun Selasa lepas.
COVID-19: Jangkitan meningkat, Republik Czech laksana sekatan baharu, SOP lebih ketat
Pada Rabu, peraturan lebih ketat dikuatkuasakan dengan semua sekolah ditutup sekurang-kurangnya hingga 2 November, sementara bar, kelab dan restoran juga tidak dibenarkan beroperasi.