DUNIA
Bangladesh dijangka umum tarikh keputusan perbicaraan jenayah terhadap kemanusiaan bekas PM Hasina
Hasina dituduh arah tindakan keras dalam peristiwa berdarah yang mengakibatkan kematian 1,400 orang. - Foto fail/AP
DHAKA: Bangladesh dijangka menetapkan tarikh keputusan perbicaraan jenayah terhadap kemanusiaan membabitkan bekas Perdana Menteri Sheikh Hasina pada Khamis, menurut kenyataan pendakwa raya tribunal khas negara itu.
Ringkasan AI
Gazi Monowar Hossain Tamim, pendakwa raya Tribunal Jenayah Antarabangsa Bangladesh, menjelaskan bahawa sidang itu hanya bertujuan mengumumkan tarikh keputusan, bukan menyampaikan keputusan akhir.
“Berdasarkan pengalaman lalu, mahkamah mungkin mengambil masa seminggu lagi untuk mengeluarkan keputusan,” katanya.
Perbicaraan tanpa kehadiran Hasina bermula pada 1 Jun lalu, selepas beliau enggan mematuhi perintah mahkamah untuk kembali dari India.
Beliau dituduh mengarahkan tindakan keras berdarah dalam usaha gagal menumpaskan pemberontakan pelajar yang menggulingkan kerajaannya pada Ogos 2024.
Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sehingga 1,400 orang terbunuh dalam tempoh antara Julai dan Ogos 2024.
Pendakwa mengemukakan lima pertuduhan terhadap Hasina, termasuk kegagalan mencegah pembunuhan, yang diklasifikasikan sebagai jenayah terhadap kemanusiaan di bawah undang-undang Bangladesh.
Mereka menuntut hukuman mati sekiranya beliau disabitkan kesalahan.
Hasina menafikan semua pertuduhan dan menyifatkan perbicaraan itu sebagai “jenaka perundangan”.
Ketegangan politik terus memuncak menjelang pilihan raya umum yang dijangka berlangsung pada Februari 2026, dengan keganasan masih mewarnai kempen di seluruh negara.
Ringkasan AI
- Bangladesh menetapkan tarikh keputusan perbicaraan jenayah terhadap bekas Perdana Menteri Sheikh Hasina pada Khamis, menurut pendakwa raya tribunal khas negara itu.
- Sidang bertujuan mengumumkan tarikh keputusan, bukan keputusan akhir, dengan perkiraan mahkamah mungkin perlu seminggu lebih untuk mengeluarkan keputusan.
- Hasina dituduh arah tindakan keras dalam peristiwa berdarah yang mengakibatkan kematian 1,400 orang; pendakwaan mendakwa Hasina dengan lima pertuduhan termasuk kegagalan mencegah pembunuhan, dan tuntutan hukuman mati sekiranya disabit kesalahan.