DUNIA
Bangladesh kecam India susulan ucapan awam pertama bekas PM Hasina
Hasina menuduh ketua kerajaan sementara Bangladesh, Muhammad Yunus, sebagai “fasis pembunuh”. - Foto fail/REUTERS
DHAKA: Kementerian Luar Bangladesh menyatakan rasa “terkejut” selepas bekas Perdana Menteri Sheikh Hasina, yang kini diburu pihak berkuasa, dibenarkan menyampaikan ucapan awam di India, negara jiran tempat beliau melarikan diri pada 2024.
Dalam satu kenyataan pada Ahad, kementerian itu berkata tindakan membenarkan acara berkenaan berlangsung di ibu negara India serta memberi ruang kepada Hasina untuk menyampaikan ucapan awam merupakan satu penghinaan jelas terhadap rakyat dan kerajaan Bangladesh.
Ucapan itu merupakan yang pertama disampaikan Hasina sejak beliau digulingkan daripada jawatan.
Hasina, 78, tinggal dalam buangan di India sejak Ogos 2024 selepas kebangkitan yang diterajui pelajar menamatkan pemerintahan beliau selama 15 tahun, yang dicemari dakwaan pelanggaran hak asasi manusia secara meluas termasuk serangan, pemenjaraan dan pembunuhan terancang terhadap tokoh pembangkang serta pengkritik kerajaan.
Beliau dijatuhi hukuman mati secara 'in absentia' oleh mahkamah di Dhaka pada November atas kesalahan menghasut, mengeluarkan perintah membunuh dan gagal menghalang kekejaman semasa tindakan keras kerajaan terhadap kebangkitan 2024, yang mengorbankan lebih 1,400 orang.
Dalam ucapan audio yang dimainkan pada Jumaat di Kelab Wartawan Asing di New Delhi, Hasina menuduh ketua kerajaan sementara Bangladesh, Muhammad Yunus, sebagai “fasis pembunuh” dan mendakwa negara itu tidak akan mengalami pilihan raya yang bebas dan adil di bawah kepimpinannya.
Lebih 100,000 orang menonton ucapan tersebut yang turut disiarkan secara dalam talian.
Bangladesh dijadualkan mengadakan pilihan raya umum pertamanya sejak penyingkiran Hasina pada 12 Februari.
Parti Awami League pimpinan Hasina dilarang menyertai pilihan raya selepas Suruhanjaya Pilihan Raya menggantung pendaftarannya pada Mei.
Kementerian Luar Bangladesh berkata Hasina secara terbuka menyeru penyingkiran kerajaan sementara dan mengeluarkan hasutan jelas kepada penyokong partinya serta orang awam untuk melakukan keganasan bagi menggagalkan pilihan raya akan datang.
Menurut kementerian itu, ucapan tersebut mewujudkan “tindakan yang boleh membaawa implikasi serius” dan boleh menjejaskan hubungan dua hala dengan India, yang setakat ini mengabaikan permintaan Bangladesh untuk mengekstradisi Hasina.
Ucapan Hasina hadir ketika Bangladesh, yang mempunyai populasi sekitar 170 juta penduduk, sedang membuat persiapan menjelang pilihan raya, dengan Parti Nasionalis Bangladesh dan gabungan parti yang dipimpin oleh Jamaat-e-Islami muncul sebagai pencabar utama.