DUNIA
Bangladesh kerahkan 94,000 anggota tentera untuk keselamatan pilihan raya
"Kerajaan sementara komited untuk mengadakan pilihan raya akan datang pada separuh pertama Februari secara bebas, adil, berkecuali, aman dan dalam suasana meriah," kata Yunus. - Gambar fail AP
NEW DELHI: Bangladesh akan mengerahkan seramai 94,000 anggota tentera bagi memastikan pilihan raya Parlimen yang dijadual pada Februari tahun depan berlangsung dalam keadaan aman dan adil.
Menurut agensi berita Bangladesh, Sangbad Sangstha, kira-kira 90,000 anggota tentera darat, 2,500 anggota tentera laut dan 1,500 anggota tentera udara akan dikerahkan ke seluruh negara bagi mengekalkan undang-undang dan ketenteraman awam semasa pilihan raya itu.
Ketua Penasihat Kerajaan Bangladesh, Prof Dr Muhammad Yunus mengadakan mesyuarat dengan kepimpinan tertinggi tentera di Dhaka pada Sabtu bagi membincangkan isu keselamatan pilihan raya.
"Kerajaan sementara komited untuk mengadakan pilihan raya akan datang pada separuh pertama Februari secara bebas, adil, berkecuali, aman dan dalam suasana meriah," kata Yunus.
Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah Panglima Tentera Darat, Jeneral Waker-Uz-Zaman; Panglima Tentera Laut, Laksamana M. Nazmul Hassan; Panglima Tentera Udara, Marsyal Besar Udara Hasan Mahmood Khan serta Penasihat Keselamatan Negara, Khalilur Rahman.
"Anggota semua cabang perkhidmatan, termasuk tentera darat, telah bekerja keras untuk mengekalkan undang-undang dan ketenteraman di negara ini sepanjang 15 bulan lepas," kata Yunus.
Parti-parti politik Bangladesh baru-baru ini menandatangani "Piagam Julai", satu deklarasi bagi pelaksanaan pembaharuan menyeluruh di negara yang masih trauma akibat keganasan pada Julai dan Ogos tahun lalu.
-- BERNAMA