[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
INTERNATIONAL

Bangladesh lancar vaksin COVID-19 dos keempat

Bernama 21/12/2022 | 04:30 MYT
Individu berumur 60 tahun ke atas dan lengkap suntikan penggalak ketiga juga layak menerima suntikan vaksin berkenaan. - Gambar hiasan
DHAKA: Bangladesh pada Selasa melancarkan pemberian vaksin dos penggalak keempat kepada kumpulan sasaran di Dhaka, lapor Xinhua.
Kumpulan sasaran itu termasuk mereka yang bekerja di barisan hadapan memerangi pandemik dan golongan wanita hamil, kata ketua pengarah Direktorat Jenderal Perkhidmatan Kesihatan (DGHS) Ahmedul Kabir selepas melancarkan kempen berkenaan di sebuah hospital di Dhaka.
Individu berumur 60 tahun ke atas dan lengkap suntikan penggalak ketiga juga layak menerima suntikan vaksin berkenaan menerusi kempen ini, menurut DGHS.
Setakat ini, Bangladesh merekodkan sejumlah 20,36,938 kes, dengan 29,438 kematian dan 19,86,857 kes telah pulih.
Sehingga Disember 2022, kira-kira 339 juta dos vaksin diberikan kepada rakyatnya.
-- BERNAMA
#Bangladesh #COVID-19 #dos penggalak #vaksin