DUNIA
Bangladesh minta bantuan PBB siasat pembunuhan pemimpin kebangkitan anak muda, Sharif Osman Hadi
Penyokong Sharif Osman menganggap beliau sebagai syahid serta simbol gerakan anak muda anti-establishment yang kini membentuk semula landskap politik Bangladesh yang tidak menentu.
DHAKA: Bangladesh memohon bantuan Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OHCHR) bagi menjalankan siasatan terhadap pembunuhan Sharif Osman Hadi, tokoh popular dalam gerakan kebangkitan anak muda negara itu pada 2024, menurut kenyataan kerajaan pada Ahad.
Misi Bangladesh di Geneva dilaporkan telah mengemukakan nota diplomatik bagi meminta OHCHR membantu memastikan siasatan dijalankan secara “adil, tidak berpihak dan pantas”, menurut kenyataan dikeluarkan sayap media kerajaan sementara negara itu.
“Nota tersebut memohon bantuan teknikal dan institusi daripada pejabat hak asasi manusia PBB bagi menyokong siasatan berkenaan,” menurut kenyataan itu lagi.
Ditembak di Dhaka, Meninggal dunia di Singapura
Sharif Osman, 32, ditembak oleh kumpulan bertopeng di Dhaka pada Disember lalu sebelum meninggal dunia akibat kecederaan di sebuah hospital di Singapura.
Kematian beliau mencetuskan gelombang protes ganas di seluruh negara.
Difahamkan Sharif Osman merancang bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya yang akan diadakan Khamis ini - pilihan raya pertama sejak bekas Perdana Menteri, Sheikh Hasina digulingkan pada kebangkitan rakyat Julai 2024.
Kerajaan sementara dipimpin penerima Nobel Keamanan, Muhammad Yunus menegaskan komitmen untuk menegakkan “standard tertinggi ketelusan dan akauntabiliti”, sambil berjanji mengenal pasti dan mendakwa pihak yang bertanggungjawab atas pembunuhan itu.
Sharif Osman dikenali sebagai pengkritik lantang terhadap India, negara di mana Hasina kini mendapatkan perlindungan selepas melarikan diri dari Dhaka susulan penggulingan kerajaan pimpinannya.
Penyokong Sharif Osman menganggap beliau sebagai syahid serta simbol gerakan anak muda anti-establishment yang kini membentuk semula landskap politik Bangladesh yang tidak menentu. - Agensi