DUNIA
Bangladesh, Pakistan setuju tingkatkan perdagangan, pelaburan
Bangladesh dan Pakistan "bertekad untuk membina momentum positif hubungan dagangan dua hala dan meningkatkannya di bawah satu rangka kerja institusi yang teratur".
NEW DELHI: Bangladesh dan Pakistan bersetuju untuk mengambil langkah-langkah baharu bagi meningkatkan hubungan perdagangan antara kedua-dua negara, dengan sektor makanan menjadi bidang utama kerjasama.
Kedua-dua negara akan memperkukuh Suruhanjaya Ekonomi Bersama (JEC) sedia ada, menubuhkan suruhanjaya perdagangan dan pelaburan baharu serta menambah baik proses perdagangan, lapor agensi berita Bangladesh Sangbad Sangstha (BSS).
Menteri Perdagangan Pakistan Jam Kamal Khan dan Penasihat Perdagangan kerajaan sementara Bangladesh Sheikh Bashir Uddin membincangkan perkara itu di Dhaka pada Khamis.
Bangladesh mengimport komoditi bernilai sekitar US$80 bilion setiap tahun, termasuk barangan makanan bernilai US$15 bilion, dan telah menunjukkan minat untuk membeli produk pertanian dari Pakistan pada harga yang kompetitif.
Bangladesh juga meminta Pakistan untuk menarik balik duti anti-lambakan ke atas hidrogen peroksida dari negara itu dan mengembalikan akses bebas cukai bagi Bangladesh mengeksport sehingga 10 juta kilogram teh ke Pakistan, menurut laporan BSS.
Kedua-dua pihak "bertekad untuk membina momentum positif hubungan dagangan dua hala dan meningkatkannya di bawah satu rangka kerja institusi yang teratur", kata Suruhanjaya Tinggi Pakistan di Dhaka dalam satu hantaran di media sosial.
Jam Kamal, semasa pertemuan dengan Penasihat Industri Bangladesh, Adilur Rahman Khan, menyatakan minat Pakistan untuk melabur dalam sektor farmaseutikal, tekstil dan teknologi maklumat di Bangladesh, menurut laporan akhbar Dhaka Tribune.
-- BERNAMA