awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKDM patahkan 7,097 kes cubaan seludup, nilai sitaan capai RM1.88 bilion pada 2025
Pemandu teksi, pengusaha bas sekolah di Pulau Pinang terima insentif RM600 mulai Mac - Exco
Bekas Menteri Agama Indonesia dinamakan suspek kes rasuah kuota haji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bangladesh tutup semua universiti susulan protes antikuota

Astro Awani
Astro Awani
18/07/2024
00:20 MYT
Bangladesh tutup semua universiti susulan protes antikuota
Polis terpaksa menggunakan peluru getah dan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan. - Foto AP
DHAKA: Bangladesh mengumumkan akan menutup semua universiti awam dan swasta susulan protes pelajar terhadap sistem kuota dalam pekerjaan sektor kerajaan semakin memuncak minggu ini.
Penutupan itu bermula pada Rabu.
Sekurang-kurangnya enam maut dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Beribu-ribu pelajar telah berdemonstrasi sejak Julai selepas mahkamah mengembalikan kuota untuk pekerjaan kerajaan yang dimansuhkan pada 2018.
Sistem itu memperuntukkan 56 peratus daripada jawatan masuk pekerjaan kerajaan untuk demografi dan kelas tertentu.
Ia mencetuskan kemarahan dalam kalangan pelajar yang menghadapi isu pengangguran, dengan hampir 32 juta anak muda Bangladesh tidak bekerja atau belajar.
Demontrasi menjadi semakin tegang selepas Perdana Menteri Sheikh Hasina enggan memenuhi tuntutan penunjuk perasaan dan melabel penentang kuota itu sebagai ‘razakar’, istilah digunakan untuk mereka yang didakwa bekerjasama dengan tentera Pakistan semasa perang 1971.
Protes bertukar menjadi ganas minggu ini apabila ribuan penunjuk perasaan antikuota bertempur dengan anggota sayap pelajar parti pemerintah, Liga Awami di seluruh negara.
Polis terpaksa menggunakan peluru getah dan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan.
Enam orang, termasuk sekurang-kurangnya tiga pelajar, terbunuh dalam pertempuran pada Selasa.
Pihak berkuasa mengerahkan polis rusuhan dan pasukan separa tentera selain pengawal sempadan Bangladesh di kampus universiti seluruh negara untuk mengawal keselamatan.
Susulan ketegangan itu, Suruhanjaya Geran Universiti mengarahkan semua universiti ditutup dan pelajar mengosongkan premis serta-merta.
Dilaporkan, sekolah menengah, kolej dan institusi pendidikan lain juga ditutup.
Topic Berkaitan
#antikuota
#protes
#universiti
#pelajar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan