awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bangunan 7 tingkat runtuh dalam kebakaran besar di Sydney

Bernama
Bernama
25/05/2023
10:23 MYT
Bangunan 7 tingkat runtuh dalam kebakaran besar di Sydney
Sekurang-kurangnya 50 orang dipindahkan dalam kebakaran yang berlaku di Randle Street berhampiran Stesen Sentral. -AP
SYDNEY: Kebakaran besar berlaku di sebuah bangunan tujuh tingkat di pinggir bandar Surry Hill di tengah Sydney pada petang Khamis, lapor Xinhua.
Sekurang-kurangnya 50 orang dipindahkan dalam kebakaran yang berlaku di Randle Street berhampiran Stesen Sentral, menurut media tempatan.
Bomba dan Penyelamat New South Wales berkata pasukan itu menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4 petang waktu tempatan.
Lebih 100 anggota bomba dan 20 trak bomba sedang berusaha untuk mengawal dan memadamkan kebakaran.
Kebakaran itu turut menyebabkan bangunan itu runtuh dan api merebak ke beberapa bangunan berdekatan termasuk pangsapuri.
Sekurang-kurangnya sebuah kenderaan di kawasan itu musnah dalam kebakaran tersebut.
Kebakaran bermula di aras tiga bangunan itu, lapor ABC News memetik kenyataan Penguasa Bomba dan Penyelamat NSW Adam Dewberry.
Kebakaran itu turut menyebabkan kesesakan berikutan penutupan jalan-jalan utama di sekitar Randle Street dan perkhidmatan rel aliran ringan juga tergendala.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bangunan tujuh tingkat
#bangunan runtuh
#Sydney
#Surry Hill
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan