DUNIA
Bangunan bekas ibu pejabat BBC di London terbakar
Wood Lane ditutup kepada lalu lintas dan orang ramai dinasihatkan supaya mengelakkan kawasan berkenaan. - Gambar/ X London Fire Brigade
LONDON: Sekitar 100 anggota bomba telah dikerahkan pada hari Sabtu bagi memadamkan kebakaran di bangunan bekas ibu pejabat BBC, Television Centre, yang terletak di White City, London, lapor penyiar awam Britain.
Briged Bomba London berkata 15 jentera bomba dikerahkan ke bangunan di Wood Lane yang kini menjadi bangunan bercampur, dengan api ketika ini merebak ke tingkat atas bangunan itu.
Wood Lane ditutup kepada lalu lintas dan orang ramai dinasihatkan supaya mengelakkan kawasan berkenaan.
Briged itu berkata laporan pertama mengenai kebakaran diterima sejurus selepas 3 pagi (0200 GMT) dan pasukan dari balai Hammersmith, North Kensington, Kensington, Chiswick serta kawasan sekitar telah digerakkan ke lokasi.
Dua tangga putar setinggi 32 meter digunakan sebagai menara air untuk membantu memadamkan kebakaran dari aras tinggi.
Punca kebakaran masih belum diketahui.
-- BERNAMA