DUNIA
Bangunan lapan tingkat runtuh susulan hujan lebat di India

Runtuhan tersebut turut menyebabkan kemusnahan kepada dua bangunan berdekatan serta membahayakan beberapa bangunan lain di sekitar kawasan tersebut. - Foto Twitter/Prashant Kumar
SEBUAH bangunan lapan tingkat runtuh di Himachal Pradesh, India pada Khamis, susulan hujan lebat dan kejadian tanah runtuh di kawasan tersebut.
Menurut Pengarah Pengurusan Bencana Himachal Pradesh, Sudesh Kumar Mokhta, bangunan tersebut yang terletak di Shimla itu runtuh akibat kejadian tanah runtuh susulan hujan lebat.
Katanya, runtuhan tersebut turut menyebabkan kemusnahan kepada dua bangunan berdekatan serta membahayakan beberapa bangunan lain di sekitar kawasan tersebut, termasuk sebuah hotel.
Setakat ini, tiada kematian atau kemalangan jiwa dilaporkan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami