Bangunan runtuh: Pencarian diteruskan bagi mencari enam lagi mangsa

Astro Awani
Disember 12, 2021 23:05 MYT
Pasukan kecemasan melakukan usaha mencari dan menyelamat mangsa di bawah runtuhan bangunan. - Foto REUTERS
RAVANUSA: Anggota bomba di Sicily giat menggali kawasan bangunan pangsapuri yang meletup dan runtuh pada Ahad dalam usaha mencari enam lagi mangsa yang tertimbus.
Letupan berlaku dipercayai disebabkan oleh kebocoran gas dan telah mengorbankan sekurang-kurangnya tiga mangsa setakat ini.
Bangunan yang diduduki oleh sembilan keluarga itu dipercayai turut melibatkan dua orang luar yang datang melawat premis berkenaan ketika letupan berlaku di bandar Ravanusa.
Dua wanita berjaya diselamatkan manakala enam lagi mangsa masih tertimbus.
Datuk Bandar Ravanusa, Carmelo D'Angelo menyifatkan kejadian itu sebagai satu tragedi dan berharap dapat mencari lebih ramai mangsa yang terselamat.
Letupan itu turut meruntuhkan tiga bangunan lain yang kelihatan tidak berpenghuni, dan memecahkan tingkap tiga rumah di kawasan kejiranan.
Penemuan awal menunjukkan bahawa lif berfungsi membawa gas yang bocor kemudiannya bertemu dengan gas pemanas ruang sehingga menyebabkan letupan.
#bangunan runtuh #kebocoran gas #mangsa #tragedi