DUNIA
Banjir besar 2025: Texas paling teruk terjejas, 135 maut akibat hujan luar biasa
Pada 4 Julai, limpahan air mengganas di Sungai Guadalupe, meragut sekurang-kurangnya 135 nyawa di seluruh negeri. - Foto REUTERS
SACRAMENTO (Amerika Syarikat): Gelombang banjir yang mengejutkan dan meragut nyawa di seluruh Amerika Syarikat (AS) musim panas ini membebankan sistem tindak balas kecemasan dan menyerlahkan faktor saintifik yang menjadikan ribut masa kini lebih berbahaya, menurut pakar, lapor Xinhua.
Menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan AS pada Sabtu, lebih 3,600 amaran banjir kilat dikeluarkan setakat tahun ini, satu kadar yang boleh mengatasi purata tahunan sekitar 4,000, memandangkan hujan lebat masih berterusan sehingga hujung Julai.
Texas menjadi negeri yang paling teruk terjejas akibat banjir. Pada 4 Julai, limpahan air mengganas di Sungai Guadalupe, meragut sekurang-kurangnya 135 nyawa di seluruh negeri. Daerah Kerr sahaja kehilangan 107 orang, termasuk puluhan kanak-kanak di sebuah kem musim panas, menurut pegawai tempatan yang dipetik oleh laman berita alam sekitar Grist.
Di Kerrville yang berhampiran, alat pengukur sungai merekodkan kenaikan paras air melebihi 11.3 meter dalam masa hanya 45 minit, menyebabkan pasukan penyelamat tidak dapat menangani keadaan.
Menurut ahli sains, lautan yang lebih panas tahun ini meningkatkan jumlah wap air yang luar biasa ke dalam atmosfera, manakala aliran jet yang lemah membolehkan awan ribut kekal di kawasan yang sama lebih lama.
Gabungan faktor ini menjadikan ribut petir tahun ini luar biasa kuat, kata Jeffrey Basara, Profesor Meteorologi di Universiti Massachusetts Lowell, dalam artikel di The Conversation pada Jumaat. Beliau berkata kawasan di sebelah timur Pergunungan Rocky menerima sekurang-kurangnya 50 peratus lebih hujan daripada biasa antara pertengahan April hingga pertengahan Julai.
Keadaan permukaan bumi turut memburukkan keadaan, kata Basara, sambil menjelaskan tanah yang tepu, bentuk muka bumi yang curam, dan kawasan berturap yang luas menyalurkan air ke anak sungai dan jalan raya dengan kelajuan yang membimbangkan. Banjir besar pada 4 Julai itu bermula di hulu sungai, satu senario yang digambarkan oleh Basara sebagai "paling buruk," kerana ia menghantar arus deras yang amat kuat ke hilir.
Perubahan iklim juga memperkuat ancaman. Menurut Annalisa Peace, Pengarah Eksekutif Greater Edwards Aquifer Alliance, penyelidikan terkini menunjukkan yang banjir di Texas Hill Country adalah kira-kira tujuh peratus lebih teruk disebabkan oleh suhu yang lebih tinggi meningkatkan keamatan hujan. Beliau berkongsi penemuan ini dalam artikel yang diterbitkan di San Antonio Express-News pada Sabtu.
Basara memberi amaran yang trend ini berkemungkinan akan menjadi lebih buruk, sambil memetik model iklim yang meramalkan hujan paling lebat di AS akan terus menjadi lebih kuat selari dengan peningkatan suhu, sekali gus meningkatkan risiko bencana banjir kilat pada masa depan.
Sementara itu, berjuta-juta rumah di seluruh negara terletak di kawasan berisiko banjir. Menurut Grist, sebanyak 7.9 juta struktur berada dalam zon yang dikenal pasti oleh Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA) sebagai mempunyai sekurang-kurangnya satu peratus kemungkinan banjir setiap tahun.
Pakar menggesa pelaksanaan kod bangunan yang lebih ketat, kemas kini peta banjir, dan penggunaan infrastruktur hijau untuk mengurangkan risiko masa depan.
Dengan lautan yang semakin panas dan pembangunan yang terus menceroboh kawasan tadahan banjir, saintis memberi amaran yang "musim panas banjir kilat" ini mungkin bukan satu anomali, tetapi petanda awal terhadap apa yang menanti AS dan dunia yang berdepan dengan iklim yang lebih panas dan lebih lembap.
--BERNAMA-XINHUA
TAG: AS, banjir maut, keamatan hujan, peningkatan, risiko masa depan