DUNIA
Banjir besar akibat ribut tropika ragut 28 nyawa di Mexico, puluhan masih hilang
Infrastruktur utama seperti jalan raya, hospital dan sekolah rosak teruk, dengan lebih 1,000 kediaman terjejas dan 17 perbandaran di Hidalgo mengalami gangguan elektrik. -Gambar fail/Reuters
MEXICO CITY: Sekurang-kurangnya 28 orang terkorban manakala puluhan lagi dilaporkan hilang susulan banjir besar yang melanda beberapa negeri di Mexico akibat hujan lebat berterusan yang dibawa oleh siri ribut tropika sejak awal minggu ini.
Ringkasan AI
Koordinator Nasional Pertahanan Awam Mexico, Laura Velazquez berkata, hujan lebat telah menyebabkan sungai melimpah, tanah runtuh dan kerosakan infrastruktur utama termasuk jalan raya, hospital serta sekolah di negeri Hidalgo, Puebla dan Veracruz.
Hidalgo mencatatkan jumlah korban tertinggi dengan 16 kematian, manakala Puebla melaporkan tiga kematian dan 13 individu masih hilang.
Di Veracruz, dua kematian telah disahkan setakat ini.
“Kawasan terjejas mengalami gangguan bekalan elektrik dan komunikasi.
"Pasukan penyelamat sedang giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat, namun keadaan cuaca masih membimbangkan,” katanya dalam sidang media di ibu negara.
Lebih 1,000 kediaman, 59 hospital dan 308 sekolah dilaporkan rosak teruk, manakala 17 daripada 84 perbandaran di Hidalgo kini bergelap akibat gangguan elektrik.
Pihak berkuasa tempatan telah mengisytiharkan darurat di beberapa kawasan dan menggesa penduduk agar berpindah ke pusat perlindungan sementara.
Ramalan cuaca menunjukkan hujan lebat dijangka berterusan sehingga hujung minggu, meningkatkan risiko banjir dan tanah runtuh susulan.
Ringkasan AI
- Sekurang-kurangnya 28 orang terkorban dan puluhan lagi hilang akibat banjir besar di Mexico yang melanda negeri Hidalgo, Puebla dan Veracruz susulan hujan lebat berterusan.
- Infrastruktur utama seperti jalan raya, hospital dan sekolah rosak teruk, dengan lebih 1,000 kediaman terjejas dan 17 perbandaran di Hidalgo mengalami gangguan elektrik.
- Pihak berkuasa telah mengisytiharkan darurat dan menggesa penduduk berpindah ke pusat perlindungan, sementara operasi mencari dan menyelamat diteruskan dalam keadaan cuaca yang masih membimbangkan.