Banjir besar landa Rusia, angka penduduk terjejas dikhuatiri terus meningkat

Agensi
April 12, 2018 22:38 MYT
Pada 2012, Rusia pernah mengalami banjir teruk di mana kelihatan sebuah kereta ditenggelami air di sebatang jalan di sebuah kampung di Krymsk. - REUTERS / Fail
Banjir besar di Rusia pada Khamis telah menyebabkan lebih 700 buah rumah terjejas akibat ditenggelami air.
Ini memaksa penduduk untuk meninggalkan rumah mereka dan mencari tempat berlindung sementara.
Menurut pihak berkuasa di sana, secara keseluruhannya 129 bandar dan kawasan desa melibatkan kawasan wilayah Saratov, Voronezh dan Tamboz terjejas teruk.
Mengikut jumlah rasmi, lebih daripada 1,000 orang dari kawasan terjejas telah dipindahkan setakat ini.
#banjir #Rusia #saratov #tamboz #voronezh