DUNIA
Banjir besar Pakistan, penduduk sepanjang Sungai Sutlej diarah pindah serta-merta

Pasukan penyelamat menggesa penduduk kampung di sepanjang Sungai Sutlej di wilayah Punjab supaya berpindah serta-merta. - Gambar/ Reuters
KASUR: Pasukan penyelamat menggesa penduduk kampung di sepanjang Sungai Sutlej di wilayah Punjab supaya berpindah serta-merta berikutan paras air naik mendadak, namun masih ramai enggan meninggalkan rumah, ternakan dan harta benda mereka.
Ringkasan AI
- Paras air Sungai Sutlej meningkat mendadak sehingga mencecah 129,866 kaki padu sesaat di Ganda Singh Wala, memaksa pihak berkuasa mengeluarkan amaran tinggi dan menggesa penduduk kampung berpindah segera.
- Lebih 19,000 orang telah dipindahkan dalam tempoh 24 jam, namun ramai penduduk masih enggan berpindah kerana bimbang meninggalkan rumah, ternakan dan harta benda mereka.
- Banjir sejak musim monsun bermula akhir Jun telah meragut 785 nyawa di seluruh Pakistan, dengan amaran dua lagi episod hujan lebat dikeluarkan menjelang 10 September.
Mohammad Akbar, penyelaras media bagi perkhidmatan Rescue 1122 di daerah Kasur berkata, pasukan penyelamat memberi keutamaan kepada pemindahan secara sukarela dan menyediakan kemudahan pengangkutan kepada penduduk.
“Walaupun ada yang telah berpindah, ramai penduduk masih ragu-ragu. Pemindahan secara paksa belum dimulakan, namun mungkin perlu dilaksanakan sekiranya paras air terus meningkat,” katanya.
Setakat ini, banjir yang melanda seluruh Pakistan sejak musim monsun bermula pada akhir Jun telah meragut 785 nyawa, dengan pihak berkuasa mengeluarkan amaran mengenai dua lagi ramalan hujan lebat menjelang 10 September.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami