Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
DUNIA

Banjir buruk di Vietnam ragut 90 nyawa, 12 hilang

Bernama 23/11/2025 | 05:45 MYT
Laporan daripada Jabatan Pengurusan Bencana dan Pengurusan Daik Vietnam (VDDMA) pada Ahad, menunjukkan 90 kematian disahkan dan 12 orang masih hilang. - Foto Reuters
HANOI: Banjir berterusan yang melanda kawasan tengah dan Wilayah Tanah Tinggi Tengah Vietnam menyebabkan kerosakan luar biasa, dengan 102 orang dilaporkan maut atau hilang serta ribuan rumah ditenggelami atau musnah, lapor Agensi Berita Vietnam.


Ringkasan AI
  • Banjir di Vietnam menyebabkan 102 orang maut atau hilang serta ribuan rumah ditenggelami.
  • Wilayah Dak Lak mencatatkan jumlah korban tertinggi dengan 63 kematian dan lapan orang hilang.
  • Kerugian ekonomi akibat banjir diperkirakan mencecah VND9.035 trilion.


Laporan daripada Jabatan Pengurusan Bencana dan Pengurusan Daik Vietnam (VDDMA) yang dikemas kini pada 7 pagi Ahad, menunjukkan 90 kematian disahkan dan 12 orang masih hilang, peningkatan ketara berbanding 24 jam sebelumnya - kemas kini pagi Sabtu merekodkan 55 kematian dan 13 orang hilang.

Wilayah Dak Lak merekodkan jumlah korban tertinggi dengan 63 kematian dan lapan orang hilang. Khanh Hoa pula melaporkan 14 kematian dan dua individu hilang, manakala Lam Dong mencatat lima kematian.

Beberapa kawasan lain yang mencatatkan kematian akibat banjir termasuk Quang Tri, Thua Thien Hue, Da Nang dan Gia Lai.

Kerugian ekonomi awal dianggarkan berjumlah VND9.035 trilion (hampir AS$343 juta), hampir sama seperti sehari sebelumnya, namun pihak berkuasa menjangka jumlah itu akan meningkat apabila penilaian diteruskan selepas banjir surut.

-- BERNAMA








#banjir #Vietnam #jumlah korban #kemusnahan harta