[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
DUNIA

Banjir di Bali ragut dua nyawa, ratusan terjejas

Bernama 10/09/2025 | 14:35 MYT
Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) memaklumkan banjir melanda daerah Jembrana, Gianyar, Tabanan dan Klungkung serta ibu kota wilayah itu, Denpasar. - AP
JAKARTA: Banjir besar meragut dua nyawa dan menjejaskan ratusan penduduk di pulau peranginan Bali selepas hujan lebat semalaman, menurut agensi bencana Indonesia pada Rabu.

Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) memaklumkan banjir melanda daerah Jembrana, Gianyar, Tabanan dan Klungkung serta ibu kota wilayah itu, Denpasar.

Di Jembrana, seramai 200 orang terjejas, manakala 432 lagi di Klungkung, kata jurucakap BNPB Abdul Muhari dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa pengumpulan data di kawasan lain masih dijalankan.

Agensi itu turut memberi amaran bahawa Bali masih berisiko mengalami hujan sederhana hingga lebat dengan angin kencang, dan menggesa penduduk supaya berwaspada terhadap banjir, tanah runtuh serta bahaya lain.

-- BERNAMA

#banjir #bali banjir #angka korban #pengurusan bencana #Indonesia