Skip to main content

Dunia

Banjir di Rio de Janeiro ragut 11 nyawa

41705295397_TBBrazilflood.jpg
MOSCOW: Sekurang-kurangnya 11 orang maut akibat banjir yang dicetuskan oleh hujan lebat di Rio de Janeiro, Brazil, lapor Sputnik memetik media tempatan pada Isnin.

Banjir melanda bahagian utara bandar itu dari Sabtu hingga Ahad yang turut menjejaskan perkhidmatan bas dan kereta api bawah tanah.

Pihak berkuasa turut membatalkan semua acara yang telah dirancang.

Pentadbiran bandar berkenaan turut mengisytiharkan darurat, menurut laporan itu.

-- BERNAMA



Advertisement

Must Watch Video