Banjir di selatan Thailand semakin buruk

Bernama
Januari 8, 2021 22:04 MYT
Hujan lebat dan pelepasan air dari Empangan Bang Lang di Yala menyebabkan banjir di Selatan Thailand bertambah buruk dan jumlah mangsa banjir meningkat. -Bernama
BANGKOK: Hujan lebat dan pelepasan air dari Empangan Bang Lang di Yala menyebabkan banjir di Selatan Thailand bertambah buruk dan jumlah mangsa banjir meningkat.
Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana dalam kenyataan memaklumkan hujan lebat berterusan di empat wilayah - Narathiwat, Yala, Pattani dan Songkhla sejak 4 Jan lepas menyebabkan 37,000 keluarga di 27 daerah terjejas berbanding lebih 28,000 keluarga, semalam.
Menurut kenyataan itu, Narathiwat ialah wilayah paling teruk dilanda banjir membabitkan 22,308 keluarga, diikuti di Yala (12,082), Pattani (2,810) dan Songkhla (60).
"Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan," menurut kenyataan itu.
Jabatan itu memaklumkan, kira-kira 391 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di empat wilayah terlibat.
-- BERNAMA
#banjir thailand #hujan lebat #pelepasan air #Empangan Bang Lang #mangsa banjir #pusat pemindahan #Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana #mati lemas