DUNIA
Banjir di Vietnam ragut 68 nyawa, kerugian ekonomi melebihi AS$340 juta
Banjir di Vietnam menyebabkan 68 orang maut atau hilang, dengan kerugian ekonomi lebih AS$340 juta. - Foto AP
HANOI: Banjir yang melanda kawasan tengah dan Wilayah Tanah Tinggi Tengah Vietnam menyebabkan 68 orang sama ada maut atau hilang, dengan anggaran awal kerugian ekonomi mencecah lebih VND8.98 trilion (lebih AS$340 juta), lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).
Ringkasan AI
Setakat 6 pagi Sabtu, bencana itu telah meragut 55 nyawa dan menyebabkan 13 orang lagi hilang, meningkat 13 orang berbanding hari sebelumnya, menurut laporan terbaharu Jabatan Pengurusan Bencana dan Pengurusan Daik Vietnam (VDDMA) di bawah Kementerian Pertanian dan Alam Sekitar.
Kemusnahan ekonomi akibat banjir besar itu amat ketara dan terus meningkat, apabila jumlah kerugian kini melonjak tiga kali ganda daripada AS$114 juta pada Jumaat kepada lebih AS$340 juta pada hari ini.
Kerugian sektor pertanian adalah teruk, dengan 79,908 hektar tanaman padi dan tanaman lain terjejas manakala 100,014 hektar tanaman tahunan dan tanaman saka rosak. Dianggarkan 3.24 juta ternakan dan ayam itik mati atau hanyut selain 1,157 hektar kawasan akuakultur turut terjejas.
Infrastruktur pengangkutan juga mengalami kerosakan teruk. Sebanyak 16 lokasi di sepanjang lebuh raya kebangsaan dan 180 lokasi di jalan raya wilayah serta jalan antara komuniti terus dinaiki air atau terhalang oleh tanah runtuh.
Perkhidmatan kereta api turut terganggu, dengan lapan tren penumpang dihentikan pada Jumaat (21 Nov) dan enam lagi dibatalkan pada Sabtu.
Bekalan elektrik masih terputus, menjejaskan 377,002 pengguna di seluruh kawasan terjejas.
Pihak berkuasa memberi amaran bahawa hujan dan banjir dijangka terus rumit dan boleh bertambah buruk. Kerajaan tempatan sedang meneruskan penilaian kerosakan dan menyelaraskan usaha pemulihan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Banjir di Vietnam menyebabkan 68 orang maut atau hilang, dengan kerugian ekonomi lebih AS$340 juta.
- Sektor pertanian terjejas teruk dengan ribuan hektar tanaman rosak dan jutaan ternakan mati.
- Infrastruktur pengangkutan terjejas teruk, menyebabkan gangguan perkhidmatan kereta api dan bekalan elektrik terputus.