awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Along Eyzendy meninggal dunia
Cristiano Ronaldo tidak beraksi bersama Al Nassr untuk perlawanan kedua berturut-turut
Hoe Yean raih emas 200m gaya bebas di MIAG
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir di wilayah timur Rusia, darurat diisytihar

Bernama
Bernama
15/08/2023
06:21 MYT
Banjir di wilayah timur Rusia, darurat diisytihar
Banjir yang dicetuskan oleh hujan lebat akibat Taufan Khanun membawa bencana di Primorye. Beberapa majlis perbandaran di wilayah ini telah mengisytiharkan darurat sejak beberapa hari lalu. -Reuters
VLADIVOSTOK: Gabenor Oleg Kozhemyako pada Selasa mengisytiharkan darurat serantau di wilayah Primorsky di timur Rusia akibat kejadian banjir besar, lapor Xinhua.
"Langkah kecemasan serantau sedang diperkenalkan di Primorye bagi meningkatkan langkah sokongan untuk penduduk yang terjejas akibat banjir," kata gabenor itu dalam mesej video di laman sosialnya.
Banjir yang dicetuskan oleh hujan lebat akibat Taufan Khanun membawa bencana di Primorye. Beberapa majlis perbandaran di wilayah ini telah mengisytiharkan darurat sejak beberapa hari lalu.
Menurut pusat wilayah Kementerian Pertahanan Awam dan Situasi Kecemasan, jumlah kediaman yang ditenggelami air telah meningkat kepada 4,620 manakala lebih 2,500 individu telah dipindahkan berikutan keadaan yang teruk.
Kozhemyako menekankan bahawa kecemasan serantau memberi kuasa kepada pihak berkuasa untuk menguruskan krisis secara berkesan, serta meminta bantuan persekutuan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Taufan Khanun
#hujan lebat
#Primorsky
#Rusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan