DUNIA
Banjir Hat Yai semakin surut, pemindahan rakyat Malaysia dipertingkat
Imej dron yang menunjukkan kawasan di daerah Songkhla, Thailand pada 27 November, 2025. - fotoREUTERS/Athit Perawongm
KUALA LUMPUR: Kementerian Luar mempergiat operasi pemindahan rakyat Malaysia yang terjejas banjir di Hat Yai, dengan lebih 700 orang dibawa ke Bukit Kayu Hitam (BKH) pada Rabu selepas keadaan cuaca bertambah baik.
Kementerian dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan paras air mula surut dengan ketara sejak malam semalam, sekali gus membolehkan operasi pemindahan dilakukan dengan lebih lancar.
"Operasi menyelamat yang diselaras Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok dan Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla berjaya memindahkan 517 rakyat Malaysia dari 22 hotel dan inap desa ke pusat perlindungan sementara bagi persiapan pemindahan keluar.
"Selain itu, 27 pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) dan dua pensyarah telah melintasi sempadan di Betong/Pengkalan Hulu," menurut kenyataan itu.
Kementerian memaklumkan operasi pemindahan dibantu Tentera Diraja Thailand, Pasukan Bomba Sukarelawan (PBS), Sikh United serta pelbagai kumpulan sukarelawan lain, termasuk penyediaan sekurang-kurangnya 18 perjalanan bas untuk membawa rakyat Malaysia keluar dari kawasan terjejas.
Kementerian menganggarkan kurang 1,000 rakyat Malaysia masih berada di Hat Yai ketika ini dan operasi pemindahan akan diteruskan sehingga semua yang terkesan dapat dibantu dengan selamat.
Rakyat Malaysia yang berada di Hat Yai diminta segera mendaftar dan memberi maklumat lokasi yang tepat, termasuk koordinat GPS bagi memudahkan operasi menyelamat secara bersasar.
Ahli keluarga di Malaysia yang percaya saudara mereka mungkin masih terkandas di Hat Yai diminta segera menghubungi Bilik Gerakan, terutama dalam kes melibatkan warga emas, pesakit atau individu yang mungkin menghadapi masalah komunikasi.
Untuk bantuan konsular, rakyat Malaysia boleh menghubungi bilik gerakan Kementerian Luar di Putrajaya melalui talian +603-8887 4570 atau e-mel dutyofficer@kln.gov.my.
Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok boleh dihubungi di talian +66-87-028-4659 atau +66-2340-5721, atau melalui e-mel mwbangkok@kln.gov.my.
Sementara itu, Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla boleh dihubungi di talian +(6674) 316274 atau +(6681) 9901930, serta talian tambahan +(6674) 324004 dan 312353 atau melalui e-mel di mwsongkhla@kln.gov.my.
Kementerian berkata pihaknya akan terus memantau perkembangan dan mengeluarkan kenyataan dari semasa ke semasa.
-- BERNAMA

#banjir Hat Yai
#pemindahan rakyat Malaysia
#Universiti Sains Malaysia
#Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok