DUNIA
Banjir kilat ragut 18 nyawa di Utara India
Sekurang-kurangnya 18 orang maut selepas banjir kilat melanda utara India, sementara ramai lagi dilaporkan hilang di Uttarakhand selepas hujan lebat menyebabkan paras air sungai melimpah.
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 18 orang maut selepas banjir kilat melanda utara India, sementara ramai lagi dilaporkan hilang di Uttarakhand selepas hujan lebat menyebabkan paras air sungai melimpah.
Bencana itu turut mengakibatkan kerosakan kepada jalan raya, jambatan, rumah dan hotel di beberapa kawasan di negeri berkenaan.
Media tempatan melaporkan 13 mangsa terbunuh di ibu negeri Dehradun, dua lagi di lokasi berasingan, manakala 16 orang masih hilang.
Dalam satu kejadian, mayat lapan daripada 12 penumpang sebuah traktor berjaya ditemukan di sungai.
Di negeri bersempadan Himachal Pradesh, sekurang-kurangnya tiga orang maut apabila sebuah rumah runtuh di daerah Mandi berikutan hujan lebat berterusan yang mencetuskan banjir dan tanah runtuh.
Uttarakhand dan Himachal Pradesh bersama wilayah berdekatan Punjab serta Jammu dan Kashmir antara kawasan yang paling terjejas ketika monsun melanda kali ini.
-- BERNAMA