DUNIA
Banjir kilat ragut tiga nyawa, lima hilang di timur Indonesia
Keadaan cuaca yang tidak menentu serta timbunan besar sisa runtuhan yang dibawa arus banjir masih menjadi cabaran utama bagi pasukan mencari dan menyelamat. - Foto BERNAMA
JAKARTA: Lima orang masih hilang pada Rabu selepas banjir kilat melanda beberapa kampung di wilayah Nusa Tenggara Timur, Indonesia, mengorbankan tiga orang dan mencederakan dua yang lain, menurut pihak berkuasa.
Bencana itu berlaku pada Isnin di daerah Mauponggo, wilayah Nagekeo, menyebabkan 18 kampung terputus akses jalan, bekalan elektrik dan rangkaian komunikasi.
"Keadaan cuaca yang tidak menentu serta timbunan besar sisa runtuhan yang dibawa arus banjir masih menjadi cabaran utama bagi pasukan mencari dan menyelamat," kata jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB), Abdul Muhari dalam satu kenyataan.
Pihak berkuasa tempatan telah menubuhkan pusat penempatan sementara di Mauponggo bagi menempatkan 30 penduduk yang dipindahkan.
Agensi Pengurusan Bencana Nagekeo memaklumkan usaha sedang dijalankan untuk membuka semula laluan ke kawasan terjejas ketika operasi kecemasan memasuki hari ketiga.
-- BERNAMA