Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menghembuskan nafas terakhir sekitar 1.46 pagi tadi di sebuah hospital swasta di sini.
DUNIA

Banjir: Korea Selatan salur bantuan kemanusiaan US$1.5 juta kepada Vietnam, Sri Lanka

Bernama 04/12/2025 | 23:50 MYT
Mangsa banjir mengutip barangan mereka yang dijemur di landasan kereta api susulan Taufan Ditwah yang melanda Kandy, Sri Lanka, 3 Dis 2025. - REUTERS
SEOUL: Korea Selatan akan menyalurkan bantuan kemanusiaan berjumlah US$1.5 juta kepada Vietnam, Thailand dan Sri Lanka bagi menyokong usaha pemulihan pascabanjir dan tanah runtuh yang mengorbankan ramai penduduk di ketiga-tiga negara itu, lapor Agensi Berita Yonhap memetik kementerian luar pada Khamis.

Kerajaan Korea Selatan akan menyediakan US$500,000 kepada setiap negara bagi membantu memulihkan kawasan terjejas serta menyokong penduduk tempatan kembali kepada kehidupan harian secepat mungkin, menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.

Banjir yang melanda tiga negara Asia Selatan dan Asia Tenggara lewat bulan lalu itu mengakibatkan lebih 1,300 kematian serta memusnahkan rumah, jalan raya dan tanaman di seluruh rantau berkenaan.

-- BERNAMA



#bantuan kemanusiaan #banjir #Korea Selatan #tanah runtuh