DUNIA
Banjir landa selatan Perancis susulan hujan lebat berterusan
Pasar Sommieres di selatan Perancis ditenggelami air lebih satu meter pada Selasa selepas air Sungai Vidourle melimpah akibat hujan lebat berterusan. - Gambar Reuters
SOMMIERES: Pasar Sommieres di selatan Perancis ditenggelami air lebih satu meter pada Selasa selepas air Sungai Vidourle melimpah akibat hujan lebat berterusan.
Datuk Bandar Sommieres, Pierre Martinez memaklumkan, paras air kini mula surut, namun beberapa premis perniagaan dan kediaman dilaporkan mengalami kerosakan.
Banjir berlaku selepas paras Sungai Vidourle meningkat kepada 4.10 meter awal pagi Selasa, berbanding 3.36 meter sehari sebelumnya.
Dalam pada itu, bandar yang menempatkan kira-kira 5,000 penduduk itu sering berdepan banjir ketika hujan lebat.
Menurut agensi meteorologi awam Meteo-France, kawasan Aveyron kekal di bawah amaran cuaca jingga bagi banjir dan hujan lebat, manakala Herault diletakkan di bawah amaran merah bagi kemungkinan limpahan air. - Agensi