Banjir: Lebih 70 ekor buaya terlepas di China

Bernama
September 12, 2023 15:59 MYT
Lebih 70 ekor buaya melarikan diri dari sebuah ladang buaya di selatan China selepas banjir teruk, lapor pihak berkuasa. - Foto AP
SHENZHE (China): Lebih 70 ekor buaya melarikan diri dari sebuah ladang buaya di selatan China selepas banjir teruk, lapor pihak berkuasa.
Reptilia itu terlepas dari bandar Maoming selepas hujan lebat turun di wilayah itu selama beberapa hari, Agensi Berita Jerman (dpa) memetik portal berita China The Paper dan laporan lain pada Selasa yang merujuk pihak berkuasa tempatan.
Insiden berlaku selepas sebuah tasik berhampiran ladang buaya itu melimpahi tebingnya, membolehkan haiwan itu terlepas.
Sekurang-kurangnya 69 ekor buaya dewasa dan enam yang lebih muda dipelihara di ladang itu.
Menurut akhbar Beijing News, pasukan kecemasan dihantar untuk mengesan reptilia yang terlepas dengan bantuan peralatan sonar.
Bagaimanapun, banjir yang meluas menyukarkan pencarian, justeru pihak berkuasa meminta penduduk tinggal di rumah masing-masing.
--BERNAMA-dpa
TAG: China, Maoming, banjir, buaya
#banjir #China #buaya terlepas #bandar Maoming