Banjir: Ribuan penduduk New South Wales diarah sedia berpindah

Astro Awani
Mac 22, 2021 22:48 MYT
Beberapa kawasan di wilayah itu mengalami banjir yang luar biasa sekali gus memberi tekanan kepada kawasan taadahan air di Hawkesbury-Nepean. - Foto NSW State Emergency Service/via REUTERS
PENDUDUK di Colo River dekat Tablelands di New South Wales diminta bersedia untuk berpindah sama ada menggunakan helikopter atau bot.
Ia selepas beberapa kawasan di wilayah itu mengalami banjir yang luar biasa sekali gus memberi tekanan kepada kawasan tadahan air di Hawkesbury-Nepean.
Ribuan penduduk di barat Sydney kini telah bersedia untuk dipindahkan setelah Sungai Hawkesbury mengalami peningkatan.
Sementara penduduk di bandar Kempsey dipindahkan ke pusat pemindahan selepas paras Sungai Macleay terus menunjukkan peningkatan.
Cuaca luar biasa itu telah menyebabkan beberapa jalan termasuk sekolah ditutup.
Pihak berkuasa berkata, tempoh 24 jam ini dilihat amat kritikal apabila hujan dijangka berterusan sekali gus menjejaskan komuniti setempat.
#pusat pemindahan #banjir #New South Wales #Sydney #Hawkesbury #Colo River #Kempsey