DUNIA
Banjir Sumatera: Bantuan NGO antarabangsa kini dibenarkan masuk - Laporan
Muhammad MTA berkata Kementerian Dalam Negeri Indonesia mengesahkan bantuan antarabangsa yang bersifat bukan kerajaan kepada kerajaan adalah dibenarkan. -Foto BAPSD Aceh
BANDA ACEH: Bantuan antarabangsa daripada badan bukan kerajaan (NGO) untuk mangsa bencana di Sumatera kini dibenarkan masuk, kata Jurucakap Pentadbiran Aceh, Muhammad MTA.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Beliau berkata Kementerian Dalam Negeri Indonesia mengesahkan bantuan antarabangsa yang bersifat bukan kerajaan kepada kerajaan adalah dibenarkan, lapor Kompas.
“Bantuan antarabangsa bagi bencana di Sumatera dibenarkan masuk,” katanya ketika dihubungi media hari ini.
Bagaimanapun, menurutnya, bantuan antara kerajaan dengan kerajaan setakat ini belum dimaklumkan.
Tambahnya, NGO antarabangsa atau badan seumpamanya boleh menyalurkan bantuan dalam fasa pemulihan pascabanjir di Aceh, dengan syarat bantuan berbentuk barangan atau logistik mematuhi tatacara agensi bencana negara.
Beliau turut memaklumkan pelan pemulihan sedang digerakkan antara kerajaan pusat dan pentadbiran wilayah Aceh.
Media sebelum ini melaporkan pentadbiran wilayah Medan di Sumatera Utara telah memulangkan 30 tan beras dan 300 pek barangan keperluan asas, produk bayi, serta perkakas solat dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), susulan arahan pemerintah pusat.
Difahamkan, tindakan itu dilakukan selepas perbincangan dengan Kementerian Pertahanan dan Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB).
Kejadian banjir lumpur dan tanah runtuh pada 26 November lalu mengakibatkan 1,106 orang meninggal dunia, 175 orang hilang, 7,000 orang cedera, serta memberi impak kepada 52 daerah.
Pada 2 Disember, jumlah mangsa kehilangan rumah mencecah hampir sejuta orang.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Bantuan antarabangsa daripada NGO untuk mangsa bencana di Sumatera kini dibenarkan masuk, kata Jurucakap Pentadbiran Aceh, Muhammad MTA.
- Kementerian Dalam Negeri Indonesia mengesahkan bantuan antarabangsa kepada kerajaan dibenarkan, tetapi bantuan antara kerajaan dengan kerajaan belum dimaklumkan.
- NGO boleh salurkan bantuan dalam fasa pemulihan pascabanjir di Aceh dengan syarat patuhi tatacara agensi bencana negara; pelan pemulihan sedang bergerak antara kerajaan pusat dan wilayah Aceh.
Beliau berkata Kementerian Dalam Negeri Indonesia mengesahkan bantuan antarabangsa yang bersifat bukan kerajaan kepada kerajaan adalah dibenarkan, lapor Kompas.
“Bantuan antarabangsa bagi bencana di Sumatera dibenarkan masuk,” katanya ketika dihubungi media hari ini.
Bagaimanapun, menurutnya, bantuan antara kerajaan dengan kerajaan setakat ini belum dimaklumkan.
Tambahnya, NGO antarabangsa atau badan seumpamanya boleh menyalurkan bantuan dalam fasa pemulihan pascabanjir di Aceh, dengan syarat bantuan berbentuk barangan atau logistik mematuhi tatacara agensi bencana negara.
Beliau turut memaklumkan pelan pemulihan sedang digerakkan antara kerajaan pusat dan pentadbiran wilayah Aceh.
Media sebelum ini melaporkan pentadbiran wilayah Medan di Sumatera Utara telah memulangkan 30 tan beras dan 300 pek barangan keperluan asas, produk bayi, serta perkakas solat dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), susulan arahan pemerintah pusat.
Difahamkan, tindakan itu dilakukan selepas perbincangan dengan Kementerian Pertahanan dan Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB).
Kejadian banjir lumpur dan tanah runtuh pada 26 November lalu mengakibatkan 1,106 orang meninggal dunia, 175 orang hilang, 7,000 orang cedera, serta memberi impak kepada 52 daerah.
Pada 2 Disember, jumlah mangsa kehilangan rumah mencecah hampir sejuta orang.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah status bantuan antarabangsa dari NGO untuk mangsa bencana di Sumatera berdasarkan keterangan Jurucakap Pentadbiran Aceh?
A: Bantuan antarabangsa dari NGO untuk mangsa bencana di Sumatera kini dibenarkan masuk, seperti yang dinyatakan oleh Jurucakap Pentadbiran Aceh, Muhammad MTA. - Q: Apakah syarat bagi NGO antarabangsa atau badan seumpamanya untuk menyalurkan bantuan dalam fasa pemulihan pascabanjir di Aceh?
A: NGO antarabangsa atau badan seumpamanya boleh menyalurkan bantuan dalam fasa pemulihan pascabanjir di Aceh dengan syarat bantuan berbentuk barangan atau logistik mematuhi tatacara agensi bencana negara. - Q: Apakah tindakan yang diambil oleh pentadbiran wilayah Medan di Sumatera Utara susulan arahan pemerintah pusat?
A: Pentadbiran wilayah Medan di Sumatera Utara telah memulangkan 30 tan beras dan 300 pek barangan keperluan asas, produk bayi, serta perkakas solat dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) susulan arahan pemerintah pusat. - Q: Berapakah jumlah mangsa yang terjejas akibat banjir lumpur dan tanah runtuh pada 26 November?
A: Kejadian banjir lumpur dan tanah runtuh pada 26 November lalu mengakibatkan 1,106 orang meninggal dunia, 175 orang hilang, 7,000 orang cedera, serta memberi impak kepada 52 daerah. - Q: Pada tarikh berapakah jumlah mangsa kehilangan rumah mencecah hampir sejuta orang berdasarkan maklumat yang dinyatakan dalam artikel?
A: Pada 2 Disember, jumlah mangsa kehilangan rumah mencecah hampir sejuta orang berdasarkan maklumat dalam artikel ini.