DUNIA
Banjir Sumatera: Lebih 800 maut, wilayah rayu bantuan pusat
Mangsa terselamat melintasi timbunan kayu yang dihanyutkan banjir kilat di Batang Toru, Sumatera Utara. - Foto AP
JAKARTA: Pihak berkuasa di Sumatera terus bergelut menangani bencana banjir dan tanah runtuh yang meragut kira-kira 800 nyawa minggu ini, susulan taufan kuat yang melanda beberapa wilayah utama.
Ringkasan AI
Krisis kemanusiaan itu memaksa pemimpin tempatan merayu campur tangan segera kerajaan pusat, memandangkan kekurangan dana, makanan dan bekalan bahan api semakin meruncing.
Menurut data kerajaan yang dikemas kini, seramai 463 individu masih hilang di tiga wilayah paling terjejas, Sumatera Barat, Sumatera Utara dan Aceh.
Gangguan bekalan elektrik dan jalan raya yang terputus menyukarkan penghantaran bantuan.
Di Aceh Timur, bekalan bahan api terhad selama beberapa hari, memaksa bantuan dihantar melalui laluan air.
Ketua wilayah, Iskandar Usman Al-Farlaky, memberi amaran bahawa penduduk di kawasan terpencil kini berdepan ancaman kebuluran.
Seramai 135,000 penduduk di wilayah itu dilaporkan terkesan.
Sementara itu, Aceh Tengah mencatatkan 21 kematian dan 54,000 mangsa banjir, dengan bekalan beras dan bahan api semakin berkurangan.
Tiga lagi pemimpin wilayah turut mendesak pengisytiharan darurat nasional, ketika kemarahan awam terhadap kelewatan respons kerajaan semakin memuncak.
Secara keseluruhan, bencana ini menjejaskan lebih 3.1 juta penduduk di seluruh Indonesia, dengan 592,600 telah dipindahkan.
Jurucakap Presiden, Prasetyo Hadi, menegaskan bahawa peruntukan bantuan bencana sebanyak 500 bilion rupiah (AS$30 juta) masih mencukupi dan boleh ditambah jika perlu.
Kenyataan itu hadir selepas Presiden Prabowo Subianto menyatakan keadaan semakin pulih dan susunan bantuan sedia ada adalah memadai.
Namun, di media sosial, rakyat Indonesia mengkritik keengganan kerajaan pusat mengisytiharkan darurat, sambil membangkitkan isu pemotongan bajet agensi mitigasi bencana sebanyak 50 peratus tahun ini.
Beberapa kumpulan alam sekitar pula menyalahkan aktiviti pembalakan haram sebagai faktor yang memburukkan impak bencana kali ini.
Ringkasan AI
- Bencana banjir dan tanah runtuh di Sumatera meragut kira-kira 800 nyawa minggu ini, dengan 463 individu masih hilang di tiga wilayah paling terjejas.
- Gangguan bekalan elektrik dan jalan raya menyukarkan penghantaran bantuan, sementara penduduk di kawasan terpencil di Aceh Timur menghadapi ancaman kebuluran.
- Tiga pemimpin wilayah menyeru pengisytiharan darurat nasional, sambil jurucakap Presiden Indonesia menegaskan peruntukan bantuan bencana mencukupi, namun kritikan masyarakat meningkat terhadap respons kerajaan.